Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 26 November 2009

Untungnya Melabur Dengan Emas

November semakin hampir ke penghujungnya. Bermula awal bulan, trend harga menaik boleh dilihat begitu ketara sekali. Hm...rasanya aku dah boleh tersenyum lebar. Mana tak senyum, hasil pembelian pertama aku 20 gram emas PG dah lebih dari modal masa aku beli dulu. Kalau dulu aku keluarkan RM 2,499 dari ASB, sekarang harga 20 gram tu dah jadi RM 2,861. Tapi kalau aku jual sekarang, harga belian (harga kita jual) RM 2,689. Maknanya aku dah untung RM 190. Perghh...beli masa 10/10/2009, hari ni baru 26/11/2009...baru 47 hari bersamaan dengan 1 bulan 16 hari, huhu... kalau aku labur 2499 tu dalam ASB setahun pun, kalau dividennya 7%, aku baru dapat 174.93..haha, best tak melabur dalam emas ni??? tu baru sebulan je, kalau setahun akan datang, huh...

Hari ni aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku dapat dari pembelian ebook team Rahsiaemas untuk korang semua. Bermula 27 Oktober lepas aku ada rekodkan secara rambang harga-harga emas PG sehingga ke tarikh aku tulis artikel ni. Untuk korang yang masih was-was, bertanya dalam hati betul ke beli emas ni boleh untung? ha...korang leh rujuk bukti dengan print screen yang aku ambil dari website Public Gold ni. Ok, kita tengok harga masa 27 Oktober lepas.

Ha...nampak tak? Meh sini aku nak terangkan kat korang yang tak reti lagi. Hehe, macam la aku pandai sangat..haha. Ok, mula2 tengok kat 50 gram tu, senang sikit aku nak bagi nampak untung tu banyak mana. Kalau ikutkan jadual tu, harga RM 6181 tu tandanya harga yang Public Gold jual, maknanya...kita kalau nak beli, kena tengok sebelah kiri tu la. Yang sebelah kanan tu pulak, harga masa kita jual..RM 5841. Ha, memang lah rugi kalau jual hari tu jugak, so..kena la tunggu harga emas ni naik lebih dari harga kita beli. Erm, risau harga turun? Rujuk balik rekod harga2 emas semasa sebelum ni, bukan senang tau harga emas ni nak turun...setiap tahun grafnya asyik menaik jer...takde kerja lain dah...so, takyah la risau..

Ok, apa jadi lepas tu? Kita tengok pulak rekod harga PG pada 10/11/2009, maknanya 13 hari selepas kita beli tadi.

Cuba tengok harga kalau kita jual (sebelah kanan) tu dah jadi RM 6225. Maknanya dalam masa 13 hari selepas beli, kita dah dapat balik lebih dari modal kita dengan kenaikan harga emas. Hm, tapi dah nak jual ke? Ala, baru untung RM 44, takkan nak banyak tu je...tunggu lagi ye? hehe...Ok, selepas tu korang buat balik kerja2 seharian korang yang dah tertunggak tu. Hm, pi mai pi mai..dah berlalu sebulan...Ok, sekarang kita tengok pulak rekod harga PG pada hari aku tulis artikel ni, ye la...tak cukup sebulan lagi, hari ni baru 26/11/2009. Hm, apa dah jadi ek..hehehe. Ha, tengok kat bawah tu...

Perghhh...cepatnya naik! Tengok tu, kalau kita jual sekarang, harga dah jadi RM 6758..Ha, tak untung lagi ke??? Dulu beli RM 6181, sekarang jual RM 6758. Dah untung RM 577...Itu jika kita beli emas 50 gram. Kalau kita beli emas 100 gram? Harga pada 27/10/2009 ialah RM 12,305. Apa jadi kalau kita jual pada hari ini dengan harga RM 13,522? Bukankah kita dah untung RM 1,217!!! Huh...taktau nak kata apa dah kalau masih lagi tak nampak...tu baru sebulan, kalau 3 bulan? 6 bulan? setahun? Dari jadual di atas kita dapat menghitung kenaikan ni bersamaan dengan 9% hanya dalam masa SEBULAN! Jauh beza nak dibandingkan dengan dividen ASB yang kurang-kurang pun 7% SETAHUN!

Ha, apa kata kita lihat selepas setahun, naik ke turun harga emas ni? Jom kita lihat harga pada tarikh 9 November 2010.



Hm, turun ke naik tu? Lihat harga untuk 50 gram sudah menjangkau sehingga RM7939! Jika anda memilih untuk menjual pada hari tersebut, bermakna anda sudah untung sebanyak RM1421!! Kalau beli 100 gram pula, anda akan untung RM 2709!!!

Cuba anda bandingkan sendiri harga tersebut dengan harga sekarang. Lihat harga semasa Public Gold di sebelah kanan blog ini. Semakin lama disimpan, semakin tinggi nilainya.

Memang untunglah melabur dalam emas ni! sapa nak bagi oooiii??? Ha, apa lagi kawan-kawan, fikir la sendiri...hehe

Selasa, 17 November 2009

Apa Sebenarnya Emas?

MINGGU lepas Dato' Saleh Majid dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Beliau diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Isnin, 26 Oktober 2009

Pengalaman Bersukan dengan Skuad Kembara TV3..

Hari Jumaat yang lepas, 23 Oktober 2009, Skuad Kembara TV3 dah singgah di Bertam, Kepala Batas. Tujuannya? hehe...mestilah untuk beramah mesra dengan penduduk setempat.. Macam2 ada, acara sukaneka, bolasepak dan bola jaring.

Hmm, pejabat aku pun tak lepaskan peluang untuk tunjuk taring dengan geng2 TV3 ni.. Kami hantar pasukan bolasepak dan bola jaring saja la untuk menentang wakil TV3. Ha lupa nak cerita, tujuan Kembara TV3 ni mai adalah sempena Karnival JomHeboh yang depa buat di Perkarangan Stadium Batu Kawan sana nun.

Majlis dimulakan kira2 jam 3.30 petang sebaik sahaja rombongan Kembara TV3 sampai di Kompleks Sukan Bertam. Masa tu persembahan Boria daripada S.M.K. Pmtg. Tok Jaya dilihat memeriahkan suasana dengan sedikit sketsa di awal persembahan.Hm, memang tak mengecewakan, geng2 Kembara TV3 pun bersorak sekali sekala... Wakil TV3 pun kata best sangat Boria tu...

Ok, apa2 pun mmg best dan terhiburlah dengan gelagat2 selebriti yg main dengan kami tu. Terutamanya geng2 bola jaring. Hampeh, ingatkan geng ppuan kami leh tibai la geng TV3, last2 tgk barisan pemain TV3 ada 'pemain import'..terus lemah semangat.. Ha, nak tau sapa? Mereka ini terdiri daripada Iqram Dinzly, Fazren Rafi (org kenai dgn nama Dafi Spa Q), Shaz Jazle (pelakon drama Tari Tirana) dan Fizo Omar (pelakon watak jahat Bio-NiK). Mananya tak kalah teruk....huahuahuahua...

Tapi lain cerita dengan team bolasepak..HEHEHE, berjaya juga menewaskan team Kembara TV3 dengan jaringan 1-0. Jadilah tu kan, hehe...Yang bestnya, aku yang jadi refree... Puas Kak Maria Tunku Sabri tu meleter tepi padang, katanya aku ni serius sangat, adil sangat jadi refree. Ye la, dah namanya pengadil, kena adil la kan? hehe..kesian kat penyanyi Kumpulan Sofaz tu, penat dia jadi defend jaga Azzuwan..terlepas juga dari kawalan.

Tak banyak leh aku cerita sebab abis je bolasepak, aku terus melepak tepi padang sambil mengambil peluang berposing untuk bergambar dengan beberapa selebriti yg lalu depan kami... Ha, ni sajalah gambar buat tatapan semua ye...











Khamis, 15 Oktober 2009

Pelaburan Emas - Peluang Menjana Keuntungan dan Pendapatan!

Salam buat semua yg suudi singgah di blog tak seberapa ni…Ok, kali ni aku taknak cerita lagi pasal ASB lagi, aku sekarang nak berkongsi ilmu yg dicurahkan oleh En.Syukor Hashim, seorang pelopor dunia pelaburan emas di Malaysia ini. Memang banyak yang aku dapat setelah membaca ebook yang aku beli daripada laman web Jutawanemas.com ni.

Sedikit sebanyak kini aku dah faham kepentingan menyimpan emas. Ya, ramai orang lebih suka menyimpan duit di bank kerana nak rasa duit dividen hujung tahun yang secara puratanya 7 – 10% setahun. Alkisahnya, aku nak cari artikel tentang pelaburan ASB, tetapi aku terklik satu laman milik En.Syukor ni. Rahsiaemas.com seolah-olah buat aku terpana sekejap. Secara jujurnya, aku jarang nak baca sangat pasal apa2 skim pelaburan ini. Banyaknya menipu je nak cari duit. Tapi kenapa aku rasa lain hari tu, so..aku buat keputusan nak baca sampai habis.

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=zulhami
Pada hari Jumaat, 2 Oktober 2009 aku buka web tu sebelum tengahari.. Dah selesai baca, aku tertanya-tanya apa yang best sangat ebook tu sampai kena beli dengan harga RM80. Aku bulatkan hati, lepas solat Jumaat je, aku transferkan duit aku tu ke dalam akaun yg diberikan. Aku yakin, ini bukan skim cepat kaya kerana duit tu sebenarnya untuk beli ebook, bukannya nak masuk skim.

Setelah sejam, aku dapat email mengatakan nama aku telah di`register’kan oleh mereka. Hm, aku pun baca la ebook tu sorang2. Tak puas baca di opis, aku print dan baca di rumah 2 hari berulang-ulang kali untuk memahami isi kandungannya. Memang menarik. Tak sangka aku betapa ceteknya ilmu aku tentang emas. Setakat yang aku tau, cuma cincin, gelang, subang dengan rantai je...jongkong emas pulak aku ingat orang2 kaya jutawan dalam gua (macam cerita Senario Emas Yamashita tu), hehe...yang lain sumpah aku taktau.

Namun, dengan ebook ni, aku dah dapat cara nak gunakan emas sebagai sumber kekayaan. Tak perlu tunggu harga emas jatuh, ada duit je terus gi beli emas. Itulah pesan En.Syukor dalam laman webnya. Dan jangan risau jika harganya turun atau naik, dua2 boleh buat untung. Lebih-lebih lagi, kalau harganya semakin turun...Huh, terpegun aku bila baca teknik-tekniknya. Ha, mesti korang ingat kalau harga turun lepas korang beli akan menyebabkan korang rugi. Jawapannya. SALAH!. Hehe...

Nasihat aku pada korang yang nak ceburkan diri dengan urusan jualbeli emas ni, belilah dengan apa cara pun, tetapi mestilah kita yang simpan emas tu, bukannya pihak ketiga atau sesiapa saja. Lebih baik begitu, dan korang janganlah percaya dengan apa-apa skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan secara bulanan. Selagi emas tidak ada dalam tangan anda, jangan serahkan duit kepada orang tengah. Nak beli emas, belilah di kedai emas, ini untuk orang yang suka beli barang kemas, (perempuan la selalunya). Tetapi untuk pelaburan aku cadangkan korang beli emas jenis Publicgold ataupun dinar emas. Mudah nak tunggu harganya naik, dalam jangkamasa pendek korang akan dapat untung. Jangkamasa panjang, jangan cakap la…memang untunglah beb…

So, kepada sesiapa yang teragak-agak, belilah ebook daripada rahsiaemas.com tu, sure takkan menyesal punya. Buat apa aku nak promote, bukannya aku dapat apa2 komisen pun. Tetapi sekadar nak korang sama2 berkongsi ilmu.