Public Gold dan Public Dinar

Sabtu, 19 Jun 2010

Emas - Pelaburan Bijak Masa Kini

Sabtu lepas, Aweh berkesempatan mengikuti seminar pelaburan emas yang Public Gold Sdn.Bhd (PG) buat di ofis mereka di Bishop Street jam 8.30 malam. Seminar tu disampaikan juga oleh otai emas Malaysia, En. Syukor Hashim, admin Jutawanemas.com.

Pada mulanya, aweh dapat msg daripada Public Gold berkenaan peluang menjadi ejen kini hanya RM 20 ribu sahaja. Kalau sebelum ni, perlu beli satu set emas 999 dan set emas syiling dinar 916 yg kosnya mencecah lebih RM 40 ribu! Mak aii, mana nak cari duit banyak tu? Pandai-pandai sendiri la nak cari, hehe... Dah tu, la ni cuma nak modal RM 20k saja utk jadi ejen, apa lagi...terus msg En.Syukor tanya pasal ejen tu. En Syukor pun bagi penjelasan pasal tu, pendek cita, aku pun setuju jual emas yang aku beli awal tahun ni kat dia sebanyak 70 gram dengan harga RM 9590. Ini yang best kalau jadi ejen PG macam En.Syukor, sebabnya? Ye la, jadi ejen PG ni banyak kelebihannya. Contoh macam kes aku jual kat dia 70 gram tu, dia sebagai ejen akan dapat komisen 0.3% daripada PG. Dan kalau ada org yang nak beli daripada dia pulak, dia akan dapat 1.5% komisen! Dan yang paling best sekali, macam kes aku, dia beli balik dengan harga We Buy seperti contoh di bawah, dan org yang nak beli dari dia pulak, dia jual dengan harga We Sell. Kat situ je, dia dah untung atas angin walaupun tak dapat komisen daripada PG!

Sebab tu aku menyeru semua warga Malaysia terutama org Penang, jom pakat2 beli emas daripada kita simpan dalam akaun. Takut nak simpan kat mana? ala, buh ja dalam laci ka, bawah bantal ka...bukan susah pun nak simpan, benda tu kecik ja...comfirm takkan menyesal punya! Tapi aku ni dah comfirm menyesal sebab baru ja join jadi dealer ni! Kalau aku tahu harga nak naik macam ni punya cepat, tahun lepas aku pejam mata ja join! Nasib baik aku mula sikit2 dulu, tak la rasa menyesal banyak...hehe. Kepada sesapa nak belajar tu, mai la tanya aku macam mana, takyah malu2...tak rugi pun nak belajar ilmu emas ni... Sebelum aku akhiri artikel ni, aku nak kongsi satu benda yang aku dapat daripada En. Syukor, "sebenarnya yang menjadikan kita kaya atau senang, bukannya duit atau emas, tetapi Ilmu" Jadi, aku takkan simpan ilmu yg aku dapat pasal emas ni, InsyaAllah...kita sama2 berkongsi, Ok...selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan