Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 8 Julai 2010

Harga Emas Turun, Masa Terbaik Merempit!!!

Bulan lepas, Aweh berjaya mendaftarkan diri sebagai ejen baru Public Gold melalui promosi daripada Public Gold dengan hanya 20k sahaja! hehe...tapi bukan itu yang Aweh nak kongsikan...

Berikut adalah jenis emas yang Aweh beli melepasi harga 20k tu:-

1. Public Gold 1 Dinar 4.25g = RM 606 (2 keping)
2. Public Gold 5 Dinar 21.25g = RM 3017 (2 keping)
3. Public Gold Bullion Bar 20g = RM 2933 (2 keping)
4. Public Gold Bullion Bar 50g = RM 7298 (1 keping)

Semuanya berjumlah RM 20,410.00!

Hm, apa nak buat dengan emas2 tu? Buat masa ni, simpan je la dulu, sambil2 tu iklan kat facebook kot2 la ada sapa2 nak beli...

7 Julai 2010 - Pulau Pinang dapat cuti umum!

Pagi tu, Aweh buka portal maxis kot hset Nokia sebab nak tengok harga emas Public Gold...mak aii, tekejut beruk dibuatnya! Tiba2 ja harga hari tu menjunam macam kapal terbang terhempas daaa...

So, apa yang Aweh buat? Hm, waktu tengahari tu Aweh sempat call Public Gold dan lock harga untuk 1 keping 50 gram dengan harga RM 6907...hm, kurang RM 391 daripada Aweh beli dulu...

Tapi sekarang ni langsung takde duit apa pun! Macam mana???

Di sinilah bermulanya segalanya..hehe, Aweh mulakan gerakan pertama dengan mengunjungi Agro Bank yang terdekat untuk pajakkan 90 gram (2 keping 20g dan 1 keping 50g). Dulu Aweh pernah gak try pajak sebab nak test ketulenan emas Public Gold, hm...memang ternyata emas TULEN 999 dan 916!!!




Jadi, untuk pajakkan 90 gram tu, Agro Bank menetapkan nilai RM 126 untuk setiap gram.

Nilai Marhun: 90 gram X RM126.00 = RM11,340.00
Pinjaman : 70% X RM11,340.00 = RM7,938.00
Upah Simpan : (RM11,340/RM100) X RM0.70 = RM79.38/bulan



Tapi sebab taknak pegang duit banyak2, Aweh cuma mohon pinjaman sebanyak RM 7000 sahaja...so, dapat 7000, bayar Public Gold 6907, maka tinggallah baki 93 sahaja...



Jadi, berjayalah pengalaman memajak emas Public Gold dan membeli emas Public Gold semula dengan menggunakan duit pinjaman Agro Bank!

Untungkah Menjadi Ejen/Dealer Public Gold?

Beberapa minggu lalu, harga emas menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa bulan yang lepas dan juga telah mencatat rekod tertinggi sejarah harga emas. Public Gold sempat mengadakan promosi pada bulan Jun untuk sesapa yang berminat nak jadi ejen/dealer dengan hanya modal 20k sahaja daripada kebiasaannya sebelum ini iaitu 40k+++...hehe

So, kepada sesapa yang dah berjaya menjadi dealer, anda sememangnya bertuah kerana selepas ini, anda telah mendapat kemudahan rebat 1.5% atau komisen yang diterima setiap kali anda order dari Public Gold. Malah anda juga boleh mendapat tambahan 0.3% apabila anda menjual semula emas yang dibeli itu!!! Jika spreadnya sebelum itu adalah 6%, sekarang anda dah kurangkan jurangnya menjadi 4.2% sahaja!!!

Itu yang best sangat kalau dapat jadi ejen! sambil beli emas dengan harga lebih rendah, anda juga boleh membuat untung dengan berniaga emas...40k bukannya anda bayar buta saja, tapi anda akan dapat emas...untung2 harga naik, kalau takde orang nak beli pun, anda boleh jual balik...so, apa tunggu lagi? Kom jadi ejen Public Gold sekarang!