Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 8 Julai 2010

Harga Emas Turun, Masa Terbaik Merempit!!!

Bulan lepas, Aweh berjaya mendaftarkan diri sebagai ejen baru Public Gold melalui promosi daripada Public Gold dengan hanya 20k sahaja! hehe...tapi bukan itu yang Aweh nak kongsikan...

Berikut adalah jenis emas yang Aweh beli melepasi harga 20k tu:-

1. Public Gold 1 Dinar 4.25g = RM 606 (2 keping)
2. Public Gold 5 Dinar 21.25g = RM 3017 (2 keping)
3. Public Gold Bullion Bar 20g = RM 2933 (2 keping)
4. Public Gold Bullion Bar 50g = RM 7298 (1 keping)

Semuanya berjumlah RM 20,410.00!

Hm, apa nak buat dengan emas2 tu? Buat masa ni, simpan je la dulu, sambil2 tu iklan kat facebook kot2 la ada sapa2 nak beli...

7 Julai 2010 - Pulau Pinang dapat cuti umum!

Pagi tu, Aweh buka portal maxis kot hset Nokia sebab nak tengok harga emas Public Gold...mak aii, tekejut beruk dibuatnya! Tiba2 ja harga hari tu menjunam macam kapal terbang terhempas daaa...

So, apa yang Aweh buat? Hm, waktu tengahari tu Aweh sempat call Public Gold dan lock harga untuk 1 keping 50 gram dengan harga RM 6907...hm, kurang RM 391 daripada Aweh beli dulu...

Tapi sekarang ni langsung takde duit apa pun! Macam mana???

Di sinilah bermulanya segalanya..hehe, Aweh mulakan gerakan pertama dengan mengunjungi Agro Bank yang terdekat untuk pajakkan 90 gram (2 keping 20g dan 1 keping 50g). Dulu Aweh pernah gak try pajak sebab nak test ketulenan emas Public Gold, hm...memang ternyata emas TULEN 999 dan 916!!!




Jadi, untuk pajakkan 90 gram tu, Agro Bank menetapkan nilai RM 126 untuk setiap gram.

Nilai Marhun: 90 gram X RM126.00 = RM11,340.00
Pinjaman : 70% X RM11,340.00 = RM7,938.00
Upah Simpan : (RM11,340/RM100) X RM0.70 = RM79.38/bulan



Tapi sebab taknak pegang duit banyak2, Aweh cuma mohon pinjaman sebanyak RM 7000 sahaja...so, dapat 7000, bayar Public Gold 6907, maka tinggallah baki 93 sahaja...



Jadi, berjayalah pengalaman memajak emas Public Gold dan membeli emas Public Gold semula dengan menggunakan duit pinjaman Agro Bank!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan