Public Gold dan Public Dinar

Selasa, 31 Ogos 2010

Teknik Merempit Emas Memang Berbaloi...

Hari ni 31 Ogos 2010...Salam Kemerdekaan buat semua Rakyat Malaysia. Semalam, aku tak gi sambut pun Malam Hari Kemerdekaan kat mana2...aku tido je lagi baik. Bukan sebab aku tak hayati kemerdekaan, tapi kalau berjaga sampai kul 12 malam, dan jerit merdeka 7 kali sambil kibar bendera...maaf, itu bukan aku. Bagi aku, aku ada pengertianku yang tersendiri.

Hm...ok tak mukadimah aku. Sebenarnya, aku nak cite bab merempit harga emas yang selalu otai-otai emas kita buat. Aku ni tak pernah la ada pengalaman merempit emas sebelum ni. Jadi aku nak kongsikan dengan korang semua.

Ingat tak artikel aku sebelum ni yang aku ada pajakkan 90 gram emas Public Gold dan aku beli balik 50 gram emas Public Gold dengan menggunakan duit pajak tu. Ha...ni yang aku nak cite sambung kisah tadi tu...hehe.

26 Ogos 2010 Khamis lepas, aku amik cuti sebab ada hal sikit. So, dapat la gak rest kat rumah. Mula2 pikir nak tido je time tengahari tu, tapi tiba2 je plak ada sorang hamba Allah ni, perempuan pangkat akak je dengan aku...sms kat aku "nak tolak 50g ambil berapa?"
Hm..ni la 1st time lepas jadi ejen, org nak tolak kat aku. Tapi aku mana ada duit nak beli. Hm, so..aku call terus akak tu utk berbincang. Dia setuju jual kat aku dengan harga buy back (We Buy), masa tu harga RM6682. Aku up sikit jadi RM 6700, saja la nak genapkan...akak tu pun setuju dengan syarat, CASH!

Hm...pening gak mula2...kira punya kira, kat aku ada lagi 2 keping 1 dinar, 1 keping 5 dinar dan 50 gram yang aku beli guna duit pajak tu. So...aku pajakkan semua ke Agro Bank dan setuju untuk ambil RM7000. Masa tu jam dah kul 4.20...bank pun dah nak tutup. Dapat je duit, terus aku pecut gi jumpa akak tu. Lepas serah duit dan aku pun terima emas 50 gram(Gold Coin)tu, aku pun balik rumah...

Hari ni 31 Ogos 2010, jam 10.15 malam...



Nak tahu berapa harga 'We Buy' sekarang ni? hehe...dah jadi RM6714.. Tapi ada orang nak beli 50 gram tu dengan aku, jadi aku kena la jual dengan harga 'We Sell'. Hm, kalau ikutkan sekarang ni harga 'We Sell' RM 7105...Wah...baik aku jual kat buyer je...dah leh untung dalam 5-6% camtu...haha. Best kan rempit emas ni? Itu je aku nak kongsi setakat hari ni...ok...jumpa lagi! Salam.

Selasa, 10 Ogos 2010

Kenapa kita perlu memilih emas sebagai pelaburan

Kenapa kita perlu memilih emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.
Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.