Public Gold dan Public Dinar

Jumaat, 29 Oktober 2010

Masanya Untuk Kembalikan Pembayaran Zakat Menggunakan Dinar dan Dirham



Pelancaran Matawang Syariah Dinar dan Dirham di Kota Bahru, Kelantan pada 2 Ramadhan 1431H (12 Ogos) lalu menandakan berakhirnya darurat untuk orang Islam untuk pengambilan dan pembayaran zakat di samping titik permulaan untuk kembalikan semula Muamalat sebagai asas asas deen ul-Islam.

Dinar ialah syiling emas 22 karat (917/916) seberat 4.25 gram manakala Dirham ialah syiling perak tulen (999) seberat 2.975 gram. Timbangan ini dikenali sebagai Piawaian Umar Al-Khattab, Khalifah Islam kedua dan disetujui jumhur ulama serta digunakan sejak permulaan Islam lagi.

Kedudukan dwilogam ini sebagai matawang Syariah dijelaskan Ibn Khaldun dalam kitabnya, al Muqaddimah: "Asas nas dan dalil menyebut dan kaitkan banyak penghakiman kepada kedua-duanya, contohnya zakat, nikah kahwin, hudud dan lain-lain, oleh itu dalam nas dan dalil ia ada kepentingan tersendiri dengan ukuran tertentu untuk penilaian (zakat dan lain-lain) di mana hukum diasaskan berbanding (syiling-syiling lain) yang bukan syarie.

Maka sangat jelas, pengambilan dan pembayaran zakat hendaklah menggunakan matawang syariah iaitu dinar dan dirham terutama berkaitan zakat harta. Zakat harta merujuk kepada emas dan perak dalam semua bentuk dan barang dagangan. Jumlah nisab dan zakat harta ialah 20 dinar emas (85 gram) dan 200 dirham perak (595 gram). Bagi setiap 20 dinar, zakat ialah 1/2 dinar dan bagi setiap 200 dirham, zakat iaah 5 dirham. Ukuran di sini ialah beratnya.

Dua jenis zakat harta iaitu simpanan dan perniagaan Keuntungan pelaburan juga dikenakan zakat. Pada masa ini, wang kertas digunakan untuk membayar zakat kerana ianya sah diperlakukan melalui paksaan undang-undang sehinggakan pihak berkuasa pun akur kepada undang-undang itu walaupun mereka sebenarnya tidak terikat kepadanya. Menurut Imam Malik ibn Anas, wang dalam Islam ialah apa saja barangan diterima umum sebagai bahan perantaraan mereka dan tidak ada barangan boleh dipaksakan sebagai wang. Jelaslah wang kertas tidak memenuhi syarat sebagai wang. Ia bukan barangan diterima umum, tetapi undang-undang memaksa kita guna, malah dicipta atas angin, tiada sandaran dan bukan surat hutang. Ia hutang yang ada padanya Riba!

Menurut buku Shaykh Abdalhaq Bewley - Zakat Raising The Fallen Pillar...walaupun begitu, wang kertas masih tidak boleh digunakan untuk bayar zakat kecuali guna syiling emas dan perak yang dituntut syariah kerana tidak ada bukti barangan lain diterima untuk bayaran zakat dan tidak susah mendapatkan emas dan perak untuk penuhi kewajipan itu.

Telah berkata Imam Shafie di dalam kitabnya Ar Risalah: "Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat"

Menurut Imam Abu Bakr al-Kasani dalam kitabnya Bada'i al-Sana'i, zakat mesti dibayar dengan barangan 'ayn dan tidak boleh dibayar dengan dayn iaitu hutang, tanggungan atau mahupun nota janji. Satu bentuk zakat lagi ialah Zakat Fitrah. Amalan zaman Rasulullah S.A.W, zakat fitrah dibayar guna bahan makanan asasi seperti gandum, barli, beras, dan lain-lain. Ukuran di sini ialah timbangan dan bukan harga. Bagaimanapun menurut Imam Abu Hanifah, harus dikeluarkan zakat fitrah dengan wang seharga atau senilai dengan makanan wajib dikeluarkan zakat. Menurutnya zakat fitrah adalah hak fakir miskin.Untuk memenuhi hajat mereka boleh dengan makanan dan boleh juga dengan wang. Bagaimanapun, wang yang disebut oleh Imam Abu Hanifah itu bukanlah wang kertas, tetapi dinar emas dan dirham perak yang digunakan semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah (di mana mazhab Hanafi menjadi pegangan) sehinnga ia jatuh pada 1924.

Kita berada dalam keadaan darurat kerana kerajaan-kerajaan dipimpin oleh orang Islam sendiri mengeluarkan wang kertas yang dimaktubkan dalam undang-undang negara yang diperkenalkan oleh bekas penjajah masing-masing. Dalam Islam, darurat ialah satu keadaan membolehkan sesuatu hukum itu dilonggarkan untuk sementara. Apa yang biasanya diharamkan menjadi harus, tetapi kita tidak boleh untuk berada dalam keadaan darurat untuk selama-lamanya.

Apa yang perlu dibuat ialah usaha keluar dari keadaan itu. Surah At-Talaq ayat 3, Allah berfirman maksudnya; "Dan (Allah) akan memberinya rezeki dengan tiada terkira. Barang siapa menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (memeliharanya). Sungguh Allah menyampaikan (melangsungkan) urusan Nya. Sungguh Allah mengadakan satu kadar (aturan yang tertentu) bagi tiap-tiap sesuatu"

Berasaskan kefahaman kita mengenai sifat sebenar wang kertas dan ada pula matawang syariah, maka tempoh darurat sudah berakhir. Orang Islam yang ingin membayar zakat dengan sempurna hendaklah melakukannya dengan dinar dan dirham. Kini, menjadi tuntutan ke atas semua Mufti 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan Malaysia untuk mengkaji dan mengambil langkah perlu bagi memastikan bukan sahaja pengambilan zakat malah pengagihannya dibuat dalam mata wang syariah.

Rakyat Kelantan telah melakar sejarah dunia dan ia satu teladan semestinya dicontohi. Mengembalikan pengambilan dan pembayaran zakat dengan cara tepat akan membolehkan kita mendirikan semula tiang zakat yang telah runtuh.


Artikel asal oleh
Khalid Noorshah

Dimuatkan di dalam Akhbar Sinar Harian edisi Utara
29 Oktober 2010

Khamis, 14 Oktober 2010

Harga Emas Naik 25-30% Tahun 2010

Rekod harga emas telah dipecahkan lagi pada hari ini. Saya tak sempat untuk membuat Print Screen pada waktu ianya mencatat harga tertinggi tetapi saya sempat capture harga pada sebelah malam, walaupun turun sedikit ianya bakal naik semula untuk pergi lebih tinggi. Ketika ini direkodkan harga tertinggi telah mencecah $1379/oz. Penganalisis meramalkan harga emas akan naik ke tahap tertinggi menjelang hujung tahun ini iaitu pada takat $1400.

Pada jam, 10 malam (14 Oktober 2010), saya sempat membuat satu gambar yang mencatatkan rekod yang diambil hampir setahun yang lalu. Pasti siapa yang membeli emas ketika itu boleh tersenyum lebar dengan kenaikan 25% pada tahun ini. Hanya tinggal bulan November dan Disember belum muncul dan mungkin angka ini boleh berubah menjadi 30%. Jangan lupa dengan rekod kenaikan tahun lepas. Sebanyak 37% harga emas naik dari Januari 2009 hingga Disember 2009.

Hm...sudah berkali saya menyatakan, melabur dengan membeli emas mampu untuk menjana keuntungan lebih baik daripada menyimpan wang kertas! Sebagai contoh, jika anda simpan 10k di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), paling tinggi anda boleh dapat jika selama setahun adalah RM850 jika kadar dividen yang biasanya diumumkan setiap bulan Disember. Namun, emas mampu memberikan 2 kali ganda lebih dari ASB!!! Malah mungkin lebih jika berdasarkan trend kenaikan harga emas setiap tahun.



Lihatlah rekod harga emas Public Gold yang saya catatkan ini. Bukankah anda mampu peroleh keuntungan sebanyak 19.4% hanya dalam masa 11 bulan 17 hari? Haha...terkejut bukan? Jadi, tunggu apa lagi, anda boleh call saya anytime di nombor 019-5595916! Masih belum terlewat untuk mulakan simpanan emas anda! Ingat, Emas! Makin Lama Disimpan, Makin Tinggi Harganya! Pelaburan Bijak Masa Kini!

Ahad, 10 Oktober 2010

Emas vs Wang Kertas - "Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai"

Assalamualaikum..

Artikel kali ni masih lagi nak mendedahkan tipu muslihat Barat untuk melingkupkan sistem matawang kapitalis yang diamalkan di seluruh dunia. Sebenarnya dah lama saya baca artikel ni. Tetapi disebabkan masih mendalami ilmu tentang emas, jadi saya kurang faham kaitannya dengan emas. Artikel ini saya ambil dari sebuah blog yang turut mengambil dari blog-blog yang lain. Tujuan kami semua hanya satu, untuk memberikan kesedaran kepada kita semua, bangunlah dari lena. Sudah cukup kita dijajah oleh pemikiran mereka yang penuh muslihat. Bacalah sampai habis...

Jangan Simpan Duit

‘Aku tak baca detail sangat… tapi sejak jadi unit trust consultant ni…aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.Kalau nak tahu half value the money… guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say… dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.’ ‘pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pastiakan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita takboleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930’s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk ‘FUTURE FASTFOWARD’.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan . Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal ‘money creation’ oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara
yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald,Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di accessvia internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet.

Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. Emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis.Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencanainternetmengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC ‘THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk dimasa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era ‘haus kerana tidak ada air’ dan ‘bergelap kerana tiada minyak’ menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, ‘Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?’ Dia jawab, ‘no comment. You kena tanya menteri.’ Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US . Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. ‘I don’t keep money,’ macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA(FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengansendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedangmenunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, ‘We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but
for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas ‘over time there is only one direction for the dollar to go – lower’.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : ‘we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economicsystem.’

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, ‘we have a 75% chance of a crisis within 5 years’.

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran
sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Sebab - sebabnya adalah.........Jeng...jeng...jenggggggggg...
Jom tengok..

Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman Nabi S.A.W kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap minit duit dalam wallet susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35. Dulu lagi mahal.
Bernilai kerana ia ada sejenis logam terpilih.

Mempunyai nilai kerana ianya hanya kertas yang dicop sahaja. Jika anda Bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.(buat port cetak duit belakang rumah)

Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan sebab menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam,wang terus tidak bernilai. Sama macam kite bawa wang pergi Eropah. Cuba bawa emas..hehe

Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai dan lebih cepat.
Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipu daya wang kertas ini.(Mantan Tun Dr. Mahathir banyak simpan emas. Syhh...jangan bagi tau orang..kita je tau nih..ehee..) Wang kertas disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100-RM200. Jangan malukan diri anda lagi.

Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.(Sebab ni yang suara China tak didengari masa G-20 Summit kat London baru2 ni..Hmm..)
U.S negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu muslihat U.S, cetak duit kertas tanpa emas. Tak lama lagi akan down. (Ibarat bagi kertas A4 je kat Negara2 Arab. Nothing!)

Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g bersamaan dengan 1/2 dinar. Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat emas dan menyebabkan harta itu berkitar semula kepada muslimin dan muslimat. Dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.(Ada yang sayang nak bayar zakat emas tapi takut kena kejar dengan income tax. Jawab la nanti kat sana!)

Keunikan dan kelebihan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Diperalatkan oleh orang barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata,teknologi terkini dan sebagainya. Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga. Penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika RM100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi RM100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.(Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai.........)

P.S:- Duit syiling RM1 dah takde sebab xbernilai dahh..
Peningkatan purata 20-25% setahun tanpa susut nilai.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=10327&postdays=0&postorder=asc&start=105

CONTOH CARA PENGIRAAN:-
Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009
Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) – RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00
Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-
Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.

Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
33.3-39% p.a

“Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015″


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN....MULAKAN MENYIMPAN EMAS...

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sistem Riba/Dajjal Berleluasa, Simpanlah Emas Mulai Sekarang Untuk Menyelamatkan Aset Anda



Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira – kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

Jumaat, 1 Oktober 2010

Mari Berkenalan Dengan Public Gold dan Public Dinar

Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Dan Public Dinar Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda, satu-satunya syarikat Malaysia yang menjual emas jongkong, syiling emas dan barang kemas mereka sendiri ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Syarikat ini beralamat di:

Public Fine Gold International Sdn. Bhd.
88E & 88F, 1st & 2nd Floor
Jalan Tun Dr. Awang, Relau
11900 Bayan Lepas.
http://www.publicgold.com.my
Tel: 04-6449999

Hm, jangan pula anda bertanya, Public Gold ni salah satu Dana Fund yang Public Bank punya ke? Haha…jawapannya BUKAN! Public Gold langsung takda sangkut paut dengan Public Bank. Public Gold adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan sendiri tanpa mana-mana Institusi Perbankan di Malaysia ini.

Kalau anda nak tahu, Public Gold ni ada sebuah kilang yang mengeluarkan jongkong emas mereka sendiri dan setiap emas yang dihasilkan akan disahkan ketulenannya melalui satu sijil (Certified Assayer) yang berwarna merah.



Emas Public Gold

Public Gold mengeluarkan jongkong emas mengikut berat yang berbeza dalam 4 bentuk iaitu 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kilogram. Syiling emas juga dikeluarkan dalam berat 50 gram.



Harga Emas Yang Mengikut Harga Semasa

Memang senang nak pantau harga emas Public Gold ni. Buka je websitenya, anda akan lihat satu ruang di sebelah kanan yang menunjukkan harganya sentiasa diupdate setiap 20 minit dan mengikut kadar harga pasaran semasa.

Ini memudahkan anda untuk membuat keuntungan dengan membeli pada harga yang rendah dan anda hanya perlu memantau sahaja sehingga harga jualnya naik melebihi harga yang anda beli dahulu.



Bagaimana Cara Nak Beli Emas Public Gold?

Anda ada 2 cara mudah untuk membeli emas Public Gold ini.

1. Anda hubungi saya terus dan buat order melalui saya, saya akan terangkan kaedah pembayaran dan pengambilan stok.
2. Anda order terus dengan hanya menghubungi Public Gold dan maklumkan saya sebagai Introducer.

Apakah Kelebihan Emas Public Gold?

1. Harga yang dijual adalah berpatutan berbanding emas yang dikeluarkan
oleh syarikat atau institusi kewangan yang lain.
2. Jongkong emas yang dikeluarkan mempunyai 24K.(99.9 & 91.6)
3. Spread yang kecil (Cuma 4-6% sahaja)
4. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
5. Public Gold memberi jaminan akan membeli semula emas mereka walaupun ada kesan
calar, guris, bengkok dan patah asalkan beratnya masih sama semasa timbangan.
6. Kad kredit juga diterima untuk proses pembayaran (tambahan 3%), tetapi perlu pergi terus di Public Gold Bukit Jambul, Penang.
8. Juga menawarkan peluang untuk sesiapa yang berhajat untuk menjadi Agen kepada produk mereka. Sesiapa yang berhajat untuk meraih keuntungan lebih dengan pelaburan emas ini, maka anda digalakkan untuk menjadi Agen Public Gold.




Pelaburan melalui Dinar Emas.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.

Dinar emas Public Dinar Sdn. Bhd

Public Dinar – anak syarikat Public Gold menjual emas pelaburan di dalam bentuk syiling dinar. Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Dinar dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

 1 dinar
 5 dinar
 10 dinar

Anda boleh melawati laman web syarikat di www.publicdinar.com

SPESIFIKASI DINAR EMAS PUBLIC DINAR.



SIJIL KETULENAN

Seperti Jongkong Emas Public Gold, setiap pembelian dinar emas Public Dinar juga anda akan mendapat sijil ketulenan (berwarna hijau).



HARGA JUALAN PUBLIC DINAR

Harga dinar emas Public Dinar dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah setiap 20 minit, sama seperti Publci Gold. Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://www.publicgold.com.my


Jika anda ingin membeli dinar emas Public Dinar maka anda boleh melihat senarai agen berdaftar di bawah SendukEmas di seluruh Malaysia seperti di bawah:-

http://sendukemas.blogspot.com

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan
emas.
2. Spread yang rendah (5% - 6%)
3. Design yang cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

Kesimpulannya...anda boleh pilih sendiri emas jenis mana yang anda lebih minat. Samada Public Gold atau Public Dinar, kedua-duanya mampu untuk memberikan keuntungan pada pembelinya. Mulakan menyimpan emas mulai sekarang. Selamat Mencuba...!!!