Public Gold dan Public Dinar

Ahad, 10 Oktober 2010

Emas vs Wang Kertas - "Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai"

Assalamualaikum..

Artikel kali ni masih lagi nak mendedahkan tipu muslihat Barat untuk melingkupkan sistem matawang kapitalis yang diamalkan di seluruh dunia. Sebenarnya dah lama saya baca artikel ni. Tetapi disebabkan masih mendalami ilmu tentang emas, jadi saya kurang faham kaitannya dengan emas. Artikel ini saya ambil dari sebuah blog yang turut mengambil dari blog-blog yang lain. Tujuan kami semua hanya satu, untuk memberikan kesedaran kepada kita semua, bangunlah dari lena. Sudah cukup kita dijajah oleh pemikiran mereka yang penuh muslihat. Bacalah sampai habis...

Jangan Simpan Duit

‘Aku tak baca detail sangat… tapi sejak jadi unit trust consultant ni…aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.Kalau nak tahu half value the money… guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say… dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.’ ‘pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pastiakan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita takboleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930’s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk ‘FUTURE FASTFOWARD’.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan . Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal ‘money creation’ oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara
yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald,Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di accessvia internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet.

Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. Emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis.Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencanainternetmengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC ‘THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk dimasa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era ‘haus kerana tidak ada air’ dan ‘bergelap kerana tiada minyak’ menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, ‘Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?’ Dia jawab, ‘no comment. You kena tanya menteri.’ Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US . Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. ‘I don’t keep money,’ macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA(FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengansendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedangmenunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, ‘We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but
for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas ‘over time there is only one direction for the dollar to go – lower’.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : ‘we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economicsystem.’

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, ‘we have a 75% chance of a crisis within 5 years’.

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran
sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Sebab - sebabnya adalah.........Jeng...jeng...jenggggggggg...
Jom tengok..

Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman Nabi S.A.W kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap minit duit dalam wallet susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35. Dulu lagi mahal.
Bernilai kerana ia ada sejenis logam terpilih.

Mempunyai nilai kerana ianya hanya kertas yang dicop sahaja. Jika anda Bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.(buat port cetak duit belakang rumah)

Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan sebab menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam,wang terus tidak bernilai. Sama macam kite bawa wang pergi Eropah. Cuba bawa emas..hehe

Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai dan lebih cepat.
Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipu daya wang kertas ini.(Mantan Tun Dr. Mahathir banyak simpan emas. Syhh...jangan bagi tau orang..kita je tau nih..ehee..) Wang kertas disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100-RM200. Jangan malukan diri anda lagi.

Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.(Sebab ni yang suara China tak didengari masa G-20 Summit kat London baru2 ni..Hmm..)
U.S negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu muslihat U.S, cetak duit kertas tanpa emas. Tak lama lagi akan down. (Ibarat bagi kertas A4 je kat Negara2 Arab. Nothing!)

Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g bersamaan dengan 1/2 dinar. Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat emas dan menyebabkan harta itu berkitar semula kepada muslimin dan muslimat. Dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.(Ada yang sayang nak bayar zakat emas tapi takut kena kejar dengan income tax. Jawab la nanti kat sana!)

Keunikan dan kelebihan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Diperalatkan oleh orang barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata,teknologi terkini dan sebagainya. Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga. Penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika RM100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi RM100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.(Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai.........)

P.S:- Duit syiling RM1 dah takde sebab xbernilai dahh..
Peningkatan purata 20-25% setahun tanpa susut nilai.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=10327&postdays=0&postorder=asc&start=105

CONTOH CARA PENGIRAAN:-
Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009
Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) – RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00
Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-
Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.

Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
33.3-39% p.a

“Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015″


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN....MULAKAN MENYIMPAN EMAS...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan