Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 14 Oktober 2010

Harga Emas Naik 25-30% Tahun 2010

Rekod harga emas telah dipecahkan lagi pada hari ini. Saya tak sempat untuk membuat Print Screen pada waktu ianya mencatat harga tertinggi tetapi saya sempat capture harga pada sebelah malam, walaupun turun sedikit ianya bakal naik semula untuk pergi lebih tinggi. Ketika ini direkodkan harga tertinggi telah mencecah $1379/oz. Penganalisis meramalkan harga emas akan naik ke tahap tertinggi menjelang hujung tahun ini iaitu pada takat $1400.

Pada jam, 10 malam (14 Oktober 2010), saya sempat membuat satu gambar yang mencatatkan rekod yang diambil hampir setahun yang lalu. Pasti siapa yang membeli emas ketika itu boleh tersenyum lebar dengan kenaikan 25% pada tahun ini. Hanya tinggal bulan November dan Disember belum muncul dan mungkin angka ini boleh berubah menjadi 30%. Jangan lupa dengan rekod kenaikan tahun lepas. Sebanyak 37% harga emas naik dari Januari 2009 hingga Disember 2009.

Hm...sudah berkali saya menyatakan, melabur dengan membeli emas mampu untuk menjana keuntungan lebih baik daripada menyimpan wang kertas! Sebagai contoh, jika anda simpan 10k di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), paling tinggi anda boleh dapat jika selama setahun adalah RM850 jika kadar dividen yang biasanya diumumkan setiap bulan Disember. Namun, emas mampu memberikan 2 kali ganda lebih dari ASB!!! Malah mungkin lebih jika berdasarkan trend kenaikan harga emas setiap tahun.



Lihatlah rekod harga emas Public Gold yang saya catatkan ini. Bukankah anda mampu peroleh keuntungan sebanyak 19.4% hanya dalam masa 11 bulan 17 hari? Haha...terkejut bukan? Jadi, tunggu apa lagi, anda boleh call saya anytime di nombor 019-5595916! Masih belum terlewat untuk mulakan simpanan emas anda! Ingat, Emas! Makin Lama Disimpan, Makin Tinggi Harganya! Pelaburan Bijak Masa Kini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan