Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 11 November 2010

Beli Emas Dari Sekarang, Harga Emas Bakal Cecah RM200/gram!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Apa yang saya nak kongsikan dengan saudara pembaca semua adalah satu berita yang mungkin akan mengembirakan semua orang jika anda ambil tindakan dengan apa yang saya akan sampaikan ini. Berita ini mungkin sudah dirasakan oleh pembeli-pembeli emas.



Kenapa Kita Perlu Beli Emas Sekarang?

Sudah kita maklum bahawa harga emas telah naik 400% sejak 10 tahun yang lalu dan ianya berpotensi untuk naik lebih tinggi dari sekarang ini. Jika dilihat pada awal pada Januari 2010, harga emas adalah pada takat $1,113/oz dan kini telah menjangkau sehingga $1420/oz! Ini adalah bersamaan kenaikan sebanyak 28% setahun!!! Rujuk gambar di bawah (graf kenaikan harga emas Tahun 2010)



Angka ini mungkin berubah pada akhir tahun ini dan tidak mustahil kerana rekod kenaikan pada tahun lepas adalah sebanyak 37%. Ya...Emas memang makin mahal...dan akan mahal lagi dari harga mahal sekarang ni. Masih nak tunggu harga murah? Rujuk gambar di bawah (Graf kenaikan harga emas Tahun 2009).



Ada pandangan analisis pakar-pakar emas menjangkakan bahawa harga emas boleh pergi sehingga RM200/gram pada tahun hadapan, malah mungkin juga hujung tahun ini!!!

Wah...ini merupakan berita gembira buat kita!

Kenapa saya menggunakan perkataan 'kita'? Kerana kita semua berpeluang untuk membeli emas sekarang iaitu RM150-RM160 segram sebelum harga emas naik ke RM200/gram!!! Jadi mengapa anda perlu tunggu dan tunggu untuk melihat harga emas naik tanpa sebarang tindakan? Jangan sesekali membuat prinsip nak tunggu harga emas turun baru nak beli. Jika anda faham konsep emas, ada duit beli...tak kira harga tengah tinggi atau tengah murah kerana harga emas akan naik juga selepas anda beli untuk jangkamasa panjang. Jadi, tak usah takut harga emas turun!

Jadi, kalau anda nak beli emas, call saya 012-4545984 sekarang.
Sebelum tu, apa kata anda berkenalan dahulu dengan Public Gold ini, bagaimana cara-cara nak beli, jual, apa produk2 dia...klik je sini

http://sendukemas.blogspot.com/2010/10/mari-berkenalan-dengan-public-gold-dan.html

Kalau nak jadi peniaga emas dengan hanya modal 20k, call saya juga...
maklumat mengenai ini, boleh tengok di sini...

http://sendukemas.blogspot.com/2010/10/berita-baik-untuk-bakal-peniaga-emas.html

Best ke melabur jualbeli emas ni? Mari baca pengalaman saya yang mmg best...Emas ni, Semakin Lama Disimpan, Semakin Beruntung Menyimpannya...

http://sendukemas.blogspot.com/2009/11/untungnya-melabur-dengan-emas.html

Khamis, 4 November 2010

Harga Emas Melonjak Lagi! Seminar Rahsia dan Perniagaan Emas Bulan November!

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita di bulan November ini. Pastinya tidak lain untuk disebutkan di sini selain Emas...hehe.

Bagaimana pembeli2 emas Public Gold? Sudahkah anda melihat harga pada malam ini? Wah, satu kejutan telah berlaku. Sudah 2 hingga 3 minggu harga emas asyik berlegar tanpa arah walaupun naik mahupun turun...mendatar je...

Hari ni, malam Deepavali yang juga Malam Jumaat (malam kenaikan, hehe), Harga emas mula melonjak naik! Baguslah kepada sesiapa yang beli ketika harga emas jatuh bulan lalu. Bukankah saya sudah katakan, ini masa terbaik untuk beli. Nak beli emas ni bukan nak kena tunggu harga turun, sebab kita tak tahu bila ia akan turun, tapi yang kita pasti ia akan naik! Jadi, mengapa perlu takut harga turun selepas beli kalau benar2 yakin harga emas akan naik? Betul tak?

Ok, bulan November ni, Public Gold sekali lagi akan mengadakan Seminar Pelaburan Emas yang akan disampaikan oleh Sifu kita, En. Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com. Jadi pada sesiapa yang berminat anda boleh melihat jadual di bawah.



Seminar ini adalah PERCUMA.

Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 012-4545984 butiran-butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Ia lebih menumpukan kepada topik “Bagaimana Emas Boleh Menguntungkan Anda?”

Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

Kemudian baru akan diceritakan tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

FREE pulak tu...