Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 4 November 2010

Harga Emas Melonjak Lagi! Seminar Rahsia dan Perniagaan Emas Bulan November!

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita di bulan November ini. Pastinya tidak lain untuk disebutkan di sini selain Emas...hehe.

Bagaimana pembeli2 emas Public Gold? Sudahkah anda melihat harga pada malam ini? Wah, satu kejutan telah berlaku. Sudah 2 hingga 3 minggu harga emas asyik berlegar tanpa arah walaupun naik mahupun turun...mendatar je...

Hari ni, malam Deepavali yang juga Malam Jumaat (malam kenaikan, hehe), Harga emas mula melonjak naik! Baguslah kepada sesiapa yang beli ketika harga emas jatuh bulan lalu. Bukankah saya sudah katakan, ini masa terbaik untuk beli. Nak beli emas ni bukan nak kena tunggu harga turun, sebab kita tak tahu bila ia akan turun, tapi yang kita pasti ia akan naik! Jadi, mengapa perlu takut harga turun selepas beli kalau benar2 yakin harga emas akan naik? Betul tak?

Ok, bulan November ni, Public Gold sekali lagi akan mengadakan Seminar Pelaburan Emas yang akan disampaikan oleh Sifu kita, En. Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com. Jadi pada sesiapa yang berminat anda boleh melihat jadual di bawah.



Seminar ini adalah PERCUMA.

Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 012-4545984 butiran-butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Ia lebih menumpukan kepada topik “Bagaimana Emas Boleh Menguntungkan Anda?”

Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

Kemudian baru akan diceritakan tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

FREE pulak tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan