Public Gold dan Public Dinar

Selasa, 1 November 2011

Seminar Percuma Pelaburan & Perniagaan Emas Public Gold Bulan November 2011

Alhamdulillah...syukur kepada Allah. Tak putus-putus rezeki yang datang sejak menceburkan diri dalam dunia Pelaburan Emas ini. Kepada pelabur-pelabur yang telah membeli emas melalui SendukEmas ini, diharapkan anda berpuas hati dengan kenaikan harga emas yang akan terus naik nanti...Hm, memang besar potensi kenaikan yang akan berlaku pada tahun depan. Sama-samalah kita nantikan ye...

Baiklah, di sini saya ingin mengumumkan jadual Seminar Pelaburan dan Perniagaan Emas Public Gold pada bulan November 2011.

Bagi mereka yang nak tahu rahsia emas ini, anda seharusnya datang. Memang tak rugi anda fahami dulu ilmu tentang emas ini.

Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold pada bulan November 2011


Gambar kurang jelas, sila klik untuk paparan lebih jelas

Kenapa anda perlu hadir ke seminar ini? Adalah lebih elok anda fahami dan mendalami ilmu tentang emas ini terlebih dahulu. Biar anda jadi celik emas..hehe. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 019-5595916 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Hariz bin Farhan, 16/11/2011, PG Melaka.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Hariz bin Farhan, 2. Haslinda Ismail, 3. Nadia Mazlan, 4. Ehsan Mazlan, 16/11/2011 PG Melaka.

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Beberapa slide berkenaan isu-isu pelaburan emas akan ditayangkan dan peserta juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara menguji ketulenan emas Public Gold.

Setelah peserta benar-benar faham akan fungsi emas dalam sistem kewangan kita, speaker akan mendedahkan bagaimana untuk menjana keuntungan melalui perniagaan emas Public Gold. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas ini, maka anda kena hadir seminar ini.

Ok, jumpa anda di seminar...!

Jumaat, 23 September 2011

Harga Emas Menjunam!!! Masa Yang Sesuai Untuk Memulakan Pelaburan Emas Anda...

Assalamualaikum...

Rasanya semua dah tak sabar bila dengar berita ni kan? Ehem...paham ke tak tajuk artikel ni? Harga emas dah turun ni...erm...dah turun!!! Pastu apa nak buat??? Lihat gambar di bawah ini...



Ok..pada mereka yang dah membeli emas ketika harga dalam USD mencecah rekod $1800/oz - $1900/oz, sekarang ni emas yang anda beli tu dah turun ke harga $1688/oz....Panik? Jangan...anda tak perlu pikir apa2...Biarkan semua ini berlalu...hanya masa yang menentukan.

Ingat tujuan anda beli emas dulu, anda beli untuk disimpan sekurang-kurangnya 1 tahun. Sekarang baru 1,2 bulan...harga emas turun ni adalah perkara biasa. Ianya akan naik semula juga nanti dan pasti akan memecahkan rekod yang lama.

Pada yang baru nak memulakan Pelaburan Emas ni, inilah masanya...huhu

Kenapa saya berkata begitu? Anda sememangnya bertuah jika anda ambil langkah ini untuk memulakan pelaburan emas anda sekarang. Dengan membeli emas pada harga sekarang iaitu USD$1688, harga emas anda ini sebenarnya jauh lebih rendah ketika ianya mencatat rekod tertinggi pada bulan Ogos yang lalu iaitu sekitar USD1920...So, apa tunggu lagi? Ambil peluang ini sekarang sebelum harga emas kembali mendaki ke puncak sebelum ini!!! Call saya 019-5595916 sekarang. Sertai Rangkaian SendukEmas untuk memulakan perjalanan anda sebagai peniaga emas Public Gold.

Ahad, 28 Ogos 2011

Masih Belum Terlewat Untuk Anda Membeli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali, saya bagi pihak Rangkaian SendukEmas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada para pembaca semua.

Benarkah Harga Emas Semakin Mahal?

Hm, melihat pada tajuk di atas...pasti agak kehairanan pada sesiapa yang baru hendak memulakan Pelaburan Emas, dengan izin...untuk menyelamatkan aset simpanan anda di masa depan. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Bukankah harga emas sekarang sudah terlalu mahal? Siapa yang cakap harga emas mahal sekarang? Adakah kerana semua orang bercakap harga emas mahal, maka ianya dikatakan mahal?

Harga pasaran sekeping Roti Canai di kedai sekarang adalah sekitar di bawah RM1.00. Jika anda membelinya pada harga itu, adakah harga itu dikatakan mahal? Sudah tentu tidak kerana, itulah harganya sekarang ini. Lainlah jika anda bandingkan harga sekarang dengan 20 tahun yang lalu di mana ketika itu harga sekeping Roti Canai baru berharga RM0.50 sahaja. Di mana mahalnya harga sekeping Roti Canai itu? Ianya akan terjadi jika anda membelinya dengan harga RM1.50 atau RM2.00 sekeping kerana dijual melebihi harga pasaran. Itulah yang dinamakan mahal.

Sama juga situasinya dengan emas. Emas tidak pernah mahal kerana ianya dijual mengikut kadar harga pasaran dunia. Definasi mahal hanya boleh digunakan jika anda membandingkan harganya dengan harga tahun lepas dan perbezaan harga antara kedai-kedai yang menjualnya. Justeru, buangkan presepsi harga emas mahal kerana ianya akan mempengaruhi minda anda untuk tidak membeli emas.

Sempat Lagikah Untuk Membeli Emas Sekarang?

Melihat kepada kedudukan harga emas sekarang, 1 Ounce/oz kini diniagakan dengan nilai USD1829 (pada 28hb Ogos 2011). Harga ini jauh lebih rendah ketika diniagakan minggu lalu apabila mencatat rekod tertinggi melepasi USD1900/oz. Jadi, amatlah sesuai jika anda dapat membelinya dengan harga sekarang ini kerana ianya jauh lebih rendah dibandingkan dengan harga minggu lalu. Tetapi adakah jika anda membeli emas sekarang boleh menguntungkan anda beberapa tahun dari sekarang?

Harga Emas Akan Mencecah USD5000/oz Dalam Masa Beberapa Tahun Lagi!

Hm...terkejut ke? Beli sekarang dengan harga USD1829, beberapa tahun lagi akan jadi USD5000? Betul ke? Buktinya...

Pada Jun 2008 (3 tahun yang lalu), Christopher Wyke, seorang pengarah pemasaran di Schroder Investment Management Ltd pernah berkata bahawa harga emas akan naik sehingga USD5000/oz dalam masa beberapa tahun akan datang. Saya petik sedikit kata-katanya yang diterbitkan di dalam laman Bloomberg:-

"You could easily see for the next several years that prices rise not to $1,000 an ounce, but prices rise to $5,000 an ounce or beyond as inflation psychology becomes more and more embedded and people become desperate to have a source of value," said Christopher Wyke, London-based emerging market debt and commodities product manager at Schroder, which oversees about $10 billion of commodity assets."

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive&sid=aF1439PVhAgk

Kenyataan itu dibuat pada Jun 2008 di mana ketika itu harga emas dunia diniagakan pada kadar USD900/oz!!! Jika anda yang berada di hadapan Christopher Wyke ketika itu, sudah pasti anda akan mentertawakan beliau. Siapa sangka, emas boleh naik sehingga USD5000/oz sedangkan waktu itu hanya USD900/oz sahaja.

Sekarang, Tahun 2011. 3 tahun sudah berlalu dan harga emas kini sudah mencatat rekod tertingginya pada Ogos 2011 iaitu pada kadar USD1917/oz. 3 tahun sahaja Christopher Wyke telah berjaya membuktikan 46.7% daripada kata-katanya. 3 tahun juga harga emas dari USD900 telah naik sehingga ke USD1900 bersamaan 111%!!! Kini Tahun 2011 di mana harga emas yang berharga USD1900 terus menunjukkan tanda-tanda akan terus meningkat. Jika 111% itu diambilkira, dan baki % kebenaran kata-kata Christopher Wyke iaitu sebanyak 53,3% lagi (100% - 46.7%), kebarangkalian yang tinggi adalah tidak mustahil sebelum Disember 2015, Harga Emas sudahpun melewati angka USD5000/oz!

Jika anda ambil ini sebagai cabaran dalam hidup anda, bersama-sama saya anda akan lihat hasilnya pada tahun-tahun akan datang. Saya hanya membantu untuk memberikan anda sedikit maklumat yang saya dapat. Ambillah peluang ini untuk mengubah hidup anda. InsyaAllah...anda pasti berjaya! Hubungi saya di 019-5595916 untuk membeli EMAS atau untuk mendaftarkan diri sebagai Dealer Public Gold di bawah Rangkaian SendukEmas!

Sekali lagi saya ucapkan...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Khamis, 11 Ogos 2011

Harga Emas Lepasi USD1800/oz, Kini Menuju Ke USD2000/oz

Syukur Alhamdulillah...



Sekali lagi dalam temph seminggu, harga emas kembali untuk mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah apabila membuat pendakian sehingga melepasi USD1,810/oz setelah berjaya membuat kejutan minggu lalu apabila melepasi USD1,700/oz. Sungguh menakjubkan hanya dalam tempoh tak sampai 2 minggu, harga emas berjaya merekodkan kenaikan sebanyak USD200/oz!



Emas semakin mendapat tempat di hati para pelabur apabila kejatuhan saham-saham utama dunia membuatkan mereka memilih untuk berada di tempat yang selamat. Kesan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat juga menyebabkan kebanyakan negara mula berlumba-lumba untuk menambah rezab emas mereka. Didahului dengan negara Korea Utara membeli 25 tan, diikuti Thailand 26.3 tan, Russia 48 tan dan Mexico, 26.3 tan sekaligus meningkatkan harga pasaran.

Pada 5 Ogos 2011, tindakan Standard and Poor (S&P) yang menurunkan (downgrade) credit rating Amerika Syarikat dari AAA ke AA+ terus membuatkan harga emas membuat pendakian yang tinggi sehingga berjaya mencecah ke angka USD1750/oz. Harga emas terus menunjukkan peningkatan apabila pelabur-pelabur memilih emas sebagai pelaburan selamat, didokongi oleh kejatuhan Dow Jones yang mencatatkan penurunan paling teruk iaitu 4.3 peratus dalam tempoh sehari sejak 2008 sekaligus menolak harga emas ke paras USD1,810/oz yang merupakan rekod tertinggi harga emas.



Kini harga emas turun sedikt ke paras USD1,752/oz disebabkan tindakan pelabur-pelabur yang membuat short term investment dengan nenjual pegangan emas dan mengambil untung. Namun, ini dijangka tidak memberi kesan ketara untuk menurunkan harga emas kerana dijangka harga emas akan kembali membuat pendakian ke paras USD1,900/oz menjelang akhir tahun ini sepertimana yang disasarkan oleh Zijin Mining, sebuah syarikat pengeluar emas terbesar di China. Malah ada juga yang menjangkakan harga emas boleh mencecah ke paras USD2,000/oz!

Walau apa pun jangkaan dan sasaran yang dibuat, yang pasti harga emas telah mencatatkan kenaikan pada setiap tahun dengan purata tahunan sebanyak 50% sejak sedekad yang lalu. Kesedaran rakyat tentang emas ini masih di tahap rendah dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menghebahkan rahsia sebenar kekayaan di dunia. Penipuan wang kertas semakin hari semakin terserlah. Bayangkan bagaimana mudahnya mereka mencetak nilai-nilai (angka) pada sekeping kertas dan ianya digunakan untuk membeli erti kekayaan sebenar! Walaupun kekayaan itu Allah kurniakan di bumi negara-negara Islam, tetapi ianya dimonopoli dan dimanipulasi oleh negara bukan Islam.

Memang benar kata-kata Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis akhir zaman...

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat".


Selagi mana kita masih menggunakan wang kertas sebagai medium urusan jual beli, selagi itulah penipuan ini akan terus berlaku. Apakah setelah mengetahui akan hal ini, kita masih mahu mendiamkan diri dengan hanya mengikut saja apa yang mereka caturkan. Mulakanlah menyimpan emas dari sekarang kerana itulah nilai kekayaan yang sebenarnya, bukannya kertas yang diletakkan angka dengan sesuka hati untuk memberikan nilai.

SendukEmas mempelawa kepada anda yang berminat untuk menjadi pengedar emas dengan memilih Public Gold sebagai medium untuk anda memulakan langkah sebagai seorang usahawan kecil-kecilan. InsyaAllah, rezeki anda akan bertambah. Bukankah 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan? Jika anda bekerja dengan makan gaji sahaja, maka lebih untung jika anda membuat kedua-duanya kerana anda dapat 10/10! Hehe...pilihan di tangan anda. Sebagaimana saya mulakan dengan membeli emas Public Gold sebanyak RM20 ribu, saya membina rangkaian SendukEmas ini secara perlahan-lahan dan cita-cita saya untuk terus berjaya dengan Perniagaan Emas Public Gold.

Saya sentiasa mengalu-alukan pertanyaan dan ingin berkongsi kejayaan ini bersama anda! Sertai SendukEmas sekarang. Emas, Semakin Lama Disimpan, Semakin Tinggi Nilainya!

Khamis, 21 Julai 2011

Emas Melonjak ke Paras Tertinggi USD$1,600 seauns, Bakal Cecah USD$2,000 Dalam Tempoh 2 Tahun!



Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat. Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Ahad, 3 Julai 2011

Promosi Baharu Jadi Normal Dealer Public Gold Hanya Dengan Belian RM15,000, Priority Dealer RM80,000!

Sesiapa yang ingin menjadi Normal Dealer Public Gold, kini anda hanya perlu membuat belian sebanyak RM15,000 manakala belian sebanyak RM80,000 pula anda layak untuk menjadi Priority Dealer!



Syaratnya semua belian mestilah dalam bentuk barang kemas Public Jewellery dan ianya mestilah termasuk jenis2 barang kemas seperti yang telah ditetapkan seperti di banner promosi diatas.

Jika anda mahu melihat produk2 publicjewellary, sila ke . Anda juga boleh pergi terus ke mana2 cawangan Public Gold untuk melihat sendiri produk2 ini. Barang2 kemas Public Jewellery ini juga diterima untuk pajakan di mana-mana Arrahnu seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Yapeim dan lain-lain. Ketulenannya pula dijamin 916! Spread Public Jewellery juga antara yang terendah iaitu hanya 15% sahaja berbanding spread di kedai-kedai emas yang antaranya antara 20% ke 30%!

Selain itu, jika anda pernah menggunakan teknik pajakan untuk meraih untung, ini merupakan peluang anda untuk menjana keuntungan menggunakan Arrahnu! Sebab itu, anda perlu menguasai ilmu tentang emas! Ambil peluang di kala harga emas menjunam sekarang!

Mahu tahu caranya? Jom sertai saya di Rangkaian Senduk Emas Pelaburan Emas Public Gold! Hubungi saya segera...anda pasti teruja!

Rabu, 8 Jun 2011

Harga Emas Bakal Mencecah $2000/oz Dalam Tempoh 8 Bulan Lagi - Deutsche Bank

Hari ni nak berkongsi sedikit petikan berita dari Bloomberg pada 10 Mei yang lalu yang menjangkakan harga emas akan melambung ke paras USD2,000/Oz dalam masa 8 bulan lagi. Berita ini tak sempat disunting kerana malas, hehe...bukan kerana PPSMI akan dimansuhkan...So, cepat2 la beli emas mulai sekarang...

May 10 (Bloomberg) -- Gold, which reached a record on May 2, may surge a further 30 percent by January as investors seek to protect themselves from “economic uncertainty,” according to Deutsche Bank AG.

“I’m bullish on gold despite its current levels,” Hal Lehr, Deutsche Bank’s managing director for cross-commodity trading, said in an interview in Buenos Aires. “It could reach $2,000 an ounce in the next eight months.”

Investors including George Soros and John Paulson invested in gold as the metal surged over the past year amid a sovereign debt crisis in Europe, economic turmoil in the U.S. and civil unrest in the Middle East. This month‘s record $1,577.57 an ounce was a sixfold gain since the precious metal’s low in August 1999.

Gold fell 1.6 percent on May 4 after the Wall Street Journal reported that Soros Fund Management LLC sold precious- metal assets. Soros’ fund held shares in the SPDR Gold Trust, the biggest exchange-traded product backed by gold, and the iShares Gold Trust at the end of 2010, U.S. Securities and Exchange Commission filings show.

Gold rose for a third day in New York today as concern about Europe’s debt woes spurred demand for precious metals as a protection of wealth. Standard & Poor’s yesterday downgraded Greece’s credit rating for the fourth time since April 2010. Gold for June delivery rose $6, or 0.4 percent, to $1,509.2 an ounce at 9:42 a.m. on the Comex in New York.



Inflation Hedge

Bullion rose for six consecutive weeks through April 29 as the metal is seen as a hedge against inflation around the globe. Central banks in China, India and the European Union, among others, have increased interest rates in recent weeks as policymakers seek to control consumer prices with tighter monetary policy.

The U.S. Federal Reserve has kept the benchmark rate between zero percent and 0.25 percent since December 2008 and pledged to purchase $600 billion in Treasuries through June to stimulate the economy. Standard & Poor’s earlier last month revised its debt outlook for the U.S. to negative from stable.

The U.S. Treasury Department projects the government could reach its debt ceiling limit of $14.3 trillion as soon as mid- May and run out of options for avoiding default by early July.

Lehr’s so-called cross-commodity team was created by Deutsche last year to handle large investments in commodities without distorting prices with sudden inflows of cash, he said. The team focuses on investment opportunities in a portfolio of commodities, as opposed to looking at individual commodities.

Khamis, 19 Mei 2011

Beli Emas Secara Ansuran, Boleh Ke?

AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.

Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.

Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279)

Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.

Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh 'Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)

Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.

Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.

Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).

Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.

Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)

Oleh NAJAHUDIN LATEH
Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia

Khamis, 28 April 2011

Jadual Seminar Pelaburan Emas Public Gold Bulan Mei 2011

Alhamdulillah...syukur kepada Allah. Tak putus-putus rezeki yang datang sejak menceburkan diri dalam dunia Pelaburan Emas ini. Kepada pelabur-pelabur yang telah membeli emas melalui SendukEmas ini, diharapkan anda berpuas hati dengan kenaikan harga emas yang akan terus naik nanti.

Baiklah, di sini saya ingin mengumumkan jadual seminar Peluang Pelaburan dan Perniagaan Emas bersama Public Gold pada bulan Mei 2011.

Bagi mereka yang nak tahu rahsia emas, anda dijemput datang. Memang tak rugi anda fahami dulu ilmu tentang emas ini.

Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold pada bulan Mei 2011


Maaf kerana gambar kurang jelas. Klik untuk besarkan...

Kenapa anda perlu hadir ke seminar ini? Adalah lebih elok anda fahami dan mendalami ilmu tentang emas ini terlebih dahulu. Biar anda jadi celik emas..hehe. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini? First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 019-5595916 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Hariz bin Farhan, 27/05/2011, Sungai Petani.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Hariz bin Farhan, 2. Haslinda Ismail, 3. Nadia Mazlan, 4. Ehsan, 27/05/2011. Sungai Petani

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

Kemudian baru Speaker akan menceritakan tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

Ok, jumpa anda di seminar...!

Rabu, 20 April 2011

Harga Emas Melepasi USD$1,500/oz, Silver Menghampiri ke USD$45/oz



Alhamdulillah...sejarah telah tercipta pada hari ini. Harga emas kini sudah pun mencecah USD$1,500/oz pada jam 12.30 tengah hari dan Silver pula kini semakin hampir ke takat USD$45/oz.

Rasanya, hampir semua blog pengedar-pengedar emas Public Gold akan mengemaskini blog mereka hari ini dengan tajuk artikel seperti di atas. Harga melonjak ke paras USD1500 apabila keyakinan pelabur terhadap nilai US Dollar semakin luntur. Emas kini semakin menjadi pilihan sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan. Data ini disokong pula dengan berita pertambahan hutang US yang melampau-lampau (lihat artikel sebelum ini).

Tiada apa lagi yang mampu menyelamatkan wang kertas anda daripada terus dimamah INFLASI. Oleh itu, belilah Emas mulai sekarang! Kalau tidak sekarang, bila lagi anda nak beli? Masih lagi nak tunggu harga turun? Tak perlu! Ada duit sahaja, terus beli emas. Usah peduli jika hari ini anda beli, esok harga turun. Jika anda pernah menghadiri seminar pelaburan emas Public Gold, sudah pasti anda akan memahami kenapa saya berkata begitu? Sudah berkali saya ingatkan kepada pembeli-pembeli emas, apakah target anda sebelum anda beli emas. Sudah tentu anda melabur untuk dapatkan pulangannya nanti. Jadi, adalah mustahil jika anda beli hari ini, anda mahukan keuntungan dalam masa yang singkat seperti 1 hari, 1 minggu atau 1 bulan. Tetapi berilah sedikit masa untuk anda, InsyaAllah...anda pasti akan tersenyum jua...

Ingatlah, selagi anda tidak ikat nilai RM anda dalam bentuk Emas, anda sebenarnya seperti mengejar masa yang sudah berlalu. Sudah semestinya anda tidak akan dapat mengejarnya bukan? Oleh itu, kejarlah masa yang masih ada di hadapan anda. Benarlah kata pepatah yang menyebut, MASA ITU EMAS... Jangan tunggu lagi, hubungi saya 019-5595916 untuk membeli Emas sekarang.

Hutang US Bertambah! USD Semakin Menyusut...Mengapa US Tidak Kisah?



Gambar di atas menunjukkan HUTANG Amerika Syarikat (US) meningkat kepada US$14,500,264,099,773!!! Adakah mereka pening kepala memikirkannya? Adakah mereka tidak kisah dengan keadaan ini??? Mengapa ini semua berlaku? Inilah puncanya kenapa harga komoditi sepeti emas, perak dan minyak naik setiap tahun... Sebenarnya, sejak dunia menggunakan KERTAS sebagai matawang kira-kira 50 tahun lalu, dunia sebenarnya sedang menuju ke arah "Kaya semakin kaya, Miskin semakin miskin"...

Penciptaan mawatang KERTAS bukanlah diwujudkan untuk kejayaan tetapi untuk KEGAGALAN! Sejak Tahun 1971, Presiden US ketika itu, Richard Nixon telah memutuskan sandaran wang USD nya dengan Emas. Dan sejak itu, Federal Reserve US mempunyai kuasa mutlak untuk mencetak USD dengan sesuka hati. Tujuannya? Apabila anda (US) berkuasa untuk mencetak duit sendiri dengan sesuka hati, anda (US) boleh menggunakannya untuk membeli apa saja yang diingini. Bukankah majoriti negara di dunia ini menggunakan matawang USD untuk tujuan berurusniaga, termasuklah negara kita yang memperdagangkan minyak dengan nilai USD kepada negara-negara luar. Justeru, benarlah kata-kata bahawa kerajaan US sebenarnya memperoleh minyak secara PERCUMA! Ya...PERCUMA!

Kenapa saya kata PERCUMA? Kerana untuk mendapatkan minyak, US hanya perlu cetak saja USDnya untuk membeli minyak, secara tak langsung mereka ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus menguasai dunia! Bukan minyak saja, EMAS juga menjadi sasaran mereka. Lihatlah data rezab emas di laman web yang menunjukkan Ranking pertama diduduki oleh US!!! Kenapa mereka boleh ada begitu banyak Emas? Kerana mereka membelinya dengan PERCUMA apabila mereka mencetak wang mereka sendiri. Dan mereka (US) ini bukannya mencetak sekeping kertas 1 USD, tetapi sekeping kertas tertulis dengan 'nilai' 1 Triliion" USD!!! Bayangkan penyusutan nilai matawang USD yang berlaku dengan tindakan sebegini! Kenapa nilai matawang mereka hanya jatuh sedikit demi sedikit? Zimbabwe juga pernah berbuat seperti itu, tetapi terus menyebabkan Dollar mereka langsung tidak bernilai lagi! Tetapi US masih boleh menarik nafas. Kerana kitalah yang membantu mereka dengan masih menggunakan matawang USD di seluruh dunia.

US akan terus mencetak dan mencetak sehingga suatu hari nanti mereka nilai USD mereka menjadi tidak bernilai lagi. Apakah jika terjadi nanti, ekonomi mereka akan musnah? Tidak sama sekali, di kala itulah mereka akan menggunakan EMAS yang ada dalam rezab simpanan mereka untuk terus memporak perandakan dunia. Mungkin ketika itu, KERTAS tidak lagi akan digunakan sebagai matawang. Dan dunia akan kembali menggunakan Emas dan Perak sebagai matawang...

Selasa, 12 April 2011

Menjana Keuntungan Dengan Menggunakan Pajakan Arrahnu

Assalamualaikum dan salam emas buat pelabur-pelabur emas semua... bagimana rasanya apabila melihat kenaikan mendadak harga emas minggu lepas? Pasti anda teruja lebih-lebih lagi pada anda yang baru join dunia pelaburan emas ini.

Ok, kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi teknik pajakan yang biasanya dilakukan untuk meraih keuntungan dari duit orang lain. Hm, kalau ada orang nak bagi anda modal untuk anda jalankan sesuatu yang anda tahu akan menguntungkan anda, pasti anda tidak akan menolaknya bukan? Ye la, tak guna duit anda sesen pun...tapi boleh buat untung! Baik, katakan anda baru terbaca blog saya ini dan anda berazam nak beli emas dan jadi Dealer Public Gold. Syarat nak jadi dealer PG bukannya susah, cuma perlu beli emas bernilai 20 ribu saja, terus layak jadi dealer. Itu saja!

Anda pilih item yang anda ingin beli bagi mencukupkan nilai 20k bagi melayakkan anda jadi dealer. Setelah dihitung, anda dapat membeli item2 seperti di bawah dengan nilai berikut:-

1. Public Gold 1 Dinar 4.25g = RM 670 x 5 keping
3. Public Gold Bullion Bar 20g = RM 3241 x 3 keping
4. Public Gold Bullion Bar 50g = RM 7622 x 1 keping

Semuanya berjumlah RM 20,695.00!

Ok, apa anda nak buat dengan emas2 tu? Kalau anda cuma nak simpan dan tunggu harga naik, anda simpan je dulu, sambil2 tu iklan kat facebook, cerita kat kawan2, sedara mara, jiran terdekat yang anda ada beli emas tu (tunjuk gambar anda bersama emas2 tu). Pasti mereka akan bertanya, macam mana caranya, beli di mana, boleh untung ke, selamat ke? ha...itu antara soalan wajib yang akan ditanya kepada anda. Di sinilah anda perlu cepat untuk sediakan segalanya bahan2 tontonan seperti:-

1.Graf kenaikan harga emas sepanjang 1,2,5 dan 10 tahun...hampir 400%!
2.Keratan akhbar Harian Metro mengenai Public Gold.
3.Sijil pengiktirafan oleh Bank Negara Malaysia dan Malaysia Books Of Record sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan emas sendiri.
4.Contoh emas sebenar (tunjuk satu dah la)

Baik, kalau selepas tu ada yang berminat nak beli, anda sebagai dealer hanya perlu lock harga setuju customer anda tu, janji dengan dia berkenaan urusan bayaran dan pengambilan stok. Dan anda akan mendapat komisen berdasarkan setiap order yang anda buat di Public Gold.

Pajakan Arrahnu, Berbaloikah?

Ini adalah cara untuk anda menambah keuntungan anda dengan menggunakan emas yang anda anda. Teknik ini adalah mengikut kreativiti anda sendiri. Baik, pertama sekali kunjungi mana2 cawangan Agro Bank yang terdekat untuk pajakkan emas anda. Katakan anda nak pajak 90 gram (2 keping 20g dan 1 keping 50g). Bawa emas-emas anda tu, dan ambil nombor giliran. Mula2 dia akan buka dulu cover plastik emas anda tu dan timbang dengan alat penimbang emas untuk pengesahan ketulenan. Ok, katakan rate harga emas Arrahnu Agro Bank pada hari itu adalah Rm160/gram. Jadi emas anda (90 gram) x Rm160 = Rm14,400. Nilai ini akan disebut sebagai nilai Marhun. Agro Bank akan memberi pinjaman kepada anda sebanyak 65% daripada nilai marhun tersebut. Bermakna anda akan mendapat pinjaman sebanyak (65% x Rm14,400 = Rm9,360). Pinjaman ini perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pajakan tersebut dan anda tidak dikenakan sebarang interest sepanjang tempoh tersebut. Tetapi anda hanya perlu bayar kos upah simpan bulanan. Pengiraannya adalah seperti ini.

Nilai marhun x 0.75 / 100
14400 X 0.75 / 100 = Rm108

Jadi, setiap bulan anda perlu bayar kepada Arrahnu Agro Bank sebanyak Rm108 sebulan. Anda juga boleh untuk tidak membayar mengikut bulan asalkan dalam tempoh 6 bulan anda boleh membayar semula jumlah pinjaman anda itu. Katakan anda hanya pajak selama 3 bulan sahaja dan anda mahu tebus semula emas anda. Jadi Rm108 x 3 bulan = Rm324 (jumlah kos upah simpan). Jadi, Rm324 + Rm9,360 = Rm9,684 (jumlah penuh yang anda perlu selesaikan)

Baik selepas selesai proses timbang emas itu, anda perlu mengisi dan menandatangai beberapa borang dan selepas itu anda akan terima Cash sebanyak Rm9,360. Proses ini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja! Baik...kini anda ada Rm9,360. Apa perlu anda buat?

Jika anda duduk diam, nilai Rm9,360 itu tetap akan sama dan anda menanggung kerugian dengan terpaksa membayar kos upah simpan kepada Arrahnu. Jadi anda perlu berbuat sesuatu untuk menjana keuntungan dengan nilai Rm9,360 yang anda ada ketika itu. Jadi, belilah emas lagi! Teknik ini lebih berhasil jika harga emas turun daripada nilai yang anda beli dahulu. Jadi dengan Rm9,360 anda dapat membeli sekeping 50g (katakan harga ketika itu Rm7,400), jadi Rm9,360 – Rm7,400 = Anda masih ada Rm1,960. Anda boleh lagi membeli 3 keping 1 dinar (katakan harga ketika itu Rm612 x 3 = Rm1,836), jadi Rm1,960 – Rm1,836 = Anda masih ada Rm124. Simpan dulu baki tersebut dan jangan buat apa lagi. Tindakan seterusnya anda hanya perlu tunggu sahaja dan pantau harga emas dan target selama 6 bulan.

3 bulan pun berlalu...

Katakan 3 bulan berlalu dan anggarkan harga emas naik sebanyak 15%. Jadi emas yang anda beli 50g + 3 keping 1 dinar sebanyak Rm9,236 dulu tu, kini sudah meningkat menjadi Rm10,621! Dan anda mahu jual semuanya ketika itu. Anda tengok harga belian balik (We Buy) di website Public Gold adalah -6% daripada harga jualan (We Sell). Jadi Rm10,621 – 6% = Rm9,984. Sebagai dealer, anda akan mendapat komisen sebanyak 0.5% dari hasil jualan semula ke Public Gold. Jadi, anda akan dapat sebanyak Rm10,033. Apa perlu anda buat selepas ini?

Kira semula kos upah simpan emas pajakan anda tu. Anda hanya simpan selama 3 bulan sahaja, bermakna Rm108 x 3 = Rm324. Nilai pinjaman anda pula Rm9,360. Jumlah kedua-duanya adalah Rm9,684. Dengan hasil jualan semula emas yang anda beli hasil duit pajakan yang anda terima dulu sebanyak Rm10,033 – Rm9,684 = Anda untung sebanyak Rm349. Dan anda dapat semula emas yang anda pajak sebanyak 90 gram itu dan nilainya kini sudah naik!!! Anda pula untung sebanyak Rm349 dalam masa 3 bulan hanya dengan menggunakan duit Arrahnu, bukannya duit anda!

Bagaimana? Sudah jelas bukan teknik pajakan ini? Sebenarnya teknik pajakan ini tidak hanya bertumpu untuk membeli emas sahaja. Tetapi ianya berbaloi jika digunakan untuk apa-apa saja benda yang boleh memberikan keuntungan seperti perniagaan, kontrak pembinaan, kontrak masakan dan lain-lain yang memberikan pulangan. Berbalik kepada pajakan untuk membeli emas seperti yang saya tunjukkan di atas, saya tidak begitu menggalakkan anda membuat teknik ini jika anda belum benar-benar mahir untuk mengira keseluruhan caj pajakan yang saya sebutkan tadi. Teknik ini akan menyebabkan anda untung jika harga emas naik selepas anda pajak sahaja, tetapi ia juga boleh menyebabkan anda rugi jika harga emas turun selepas anda pajak selama 6 bulan itu. Dalam erti kata lain, teknik pajakan ini adalah berisiko. Jadi terpulang pada anda samada nak buat atau tidak. Jika anda yakin harga emas akan naik, anda tahu apa perlu anda buat. Tetapi jika anda rasa harga emas akan turun, anda tahu risikonya jika anda mahu buat.

Rasanya cukup untuk kali ini, nasihat saya cuma satu saja. Jangan tamak! Be a smart Investor! Fast action Fast Result!

Rabu, 6 April 2011

Rekod Baru Bagi Harga Emas dan Silver, Peratusan Kenaikan Suku Tahun Pertama 2011: Emas 12%, Silver 30%!!!

Assalamualaikum semua...

Hari ni cuma nak update sikit harga emas dan silver. Seperti yang saya jangkakan pada minggu ini yang saya gelarkan minggu kenaikan, harga emas sudah mencecah sehingga USD1475/oz dan Silver pula mencecah USD41/oz.

Perbandingan harga antara 20 gram emas dengan 1 kilogram silver yang saya lakukan nyata semakin jauh menunjukkan perbezaan yang tinggi. Kalau dahulu, pada Januari 2010, harga 20 gram emas ketika itu hanya RM2700 dan 1 kilogram silver pula RM2300. Kini April 2011, perbezaan peratusan kenaikan bagi kedua-dua logam berkenaan nyata berpihak kepada silver. Manakan tidak, harga 20 gram emas sekarang ialah RM3200 manakala harga 1 kilogram silver pula sudah jauh meninggalkan harga 20 gram emas dengan harga terkini ialah RM5100!!!

Mengikut graf harga emas kitco pada tahun ini, kenaikan harga emas sudah menjangkau 12% dan silver pula menjangkau kenaikan 30%. Dan kenaikan ini hanya dikira mulai Januari 2011 hingga April 2011!!!

Dijangkakan pada tahun ini harga emas akan naik sehingga ke paras USD1600/oz manakala silver pula USD60/oz. Kalau anda benar-benar inginkan kejayaan dalam hidup anda, mulakanlah membeli dan menyimpan kedua-dua logam yang disebut di dalam Al-Quran ini. InsyaAllah...anda akan berjaya. Berminat boleh call/sms saya di 019-5595916 pada bila-bila masa saja. Jangan time tengah malam nak tidur sudah la ye...hehe

Khamis, 24 Mac 2011

Permintaan Tinggi, Pembiayaan Kos Peperangan, Kenaikan Harga Minyak Faktor Harga Emas Melambung Tinggi!

Alhamdulillah...sudah lama saya tidak mengemaskini blog untuk tatapan pembaca. Mungkin ada yang sudah mengetahui, ketika harga emas jatuh baru-baru ini, ramai pembeli yang mengeluh, risau dengan keadaan semasa harga emas yang tidak memihak untuk menguntungkan anda. Justeru artikel ini saya khaskan kepada anda yang benar2 ingin memahami mengapa anda tidak perlu risau harga emas turun.

Inflasi

Jika anda menonton berita malam tadi, Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz menjangkakan kenaikan inflasi negara akan menjangkau sekitar 2.5% hingga 3.5% pada tahun 2011 ini. Ini sudah cukup untuk menyakinkan anda bahawa harga emas akan naik. Bukankah saya pernah menerangkan kepada anda bahawa kadar kenaikan harga emas adalah selari dengan kenaikan inflasi. 3.5% adalah cuma jangkaan sahaja. Hakikatnya anda sendiri boleh membuat pengiraan. Saya beri satu contoh kepada anda yang masih belum faham apa itu inflasi. Katakan anda menjual kuih karipap di tepi jalan dengan harga RM0.30 setiap satu pada bulan Januari 2010. Dan pada tahun ini, anda merasakan dengan kenaikan bahan api, bahan2 masakan, maka mustahil untuk anda meraih untung dengan mengekalkan harga kuih karipap anda. Jadi anda naikkan harga satu kuih karipap dari 30 sen ke 40 sen. Dengan menaikkan 10 sen sahaja, inflasi yang berlaku terhadap kuih karipap anda adalah bersamaan 33%! Itu baru contoh kecil. Cuba tonton semula filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlie, Laksamana Do Re Mi. Di awal filem itu, Mi ke pasar untuk membeli barang2 masakan dan bertanya harga barang2 seperti sayur-sayur, buah-buahan kepada seorang perempuan yang menjual di situ. Betapa murahnya bukan harga ketika itu. Berapa peratus kenaikan inflasi jika dibandingkan dengan harga sekarang? Anda sudah nampak bukan?

Emas Logam Yang Diangkat Darjatnya oleh Allah di Dalam Syurga


Emas adalah satu logam yang dimuliakan oleh Allah SWT dan diciptakan logam ini untuk kita bersenang-senang di dunia ini. Ini dinyatakan di dalam Al-Quran, surah Ali Imran ayat 14.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"

Permintaan Yang Tinggi

Semua manusia mengiktiraf Nilai yang ada pada emas. Tetapi bukan semua manusia mengiktiraf Ringgit Malaysia sebagai wang! Anda pergi US, bolehkah anda membeli apa2 barang dengan menggunakan RM? Sudah tentu tidak kan? Anda perlu menukarkannya dengan wang US Dollar, barulah anda boleh membeli, itupun nilanya sudah berubah. 1 RM bukannya sama dengan 1 USD. Ini bermakna Ringgit Malaysia hanya diiktiraf di Malaysia sahaja. Tetapi jika anda pegang 100 gram emas di Malaysia, anda pergi ke mana sahaja, 100 gram emas tetap 100 gram emas dan diterima di seluruh dunia!

Permintaan yang semakin tinggi juga menyebabkan harga emas naik. Lihat saja data simpanan emas negara-negara di dunia ini. Jika emas bukan pelindung ekonomi sesebuah negara, mengapa negara2 maju seperti US, China, India, Germany menyimpan beribu2 tan emas di negara mereka? Ini adalah untuk melindungi kekayaan negara mereka jika berlakunya krisis ekonomi. Buktinya, Malaysia sendiri pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Krisis ekonomi yang berlaku pada Tahun 1998 membuatkan banyak negara terpaksa meminjam daripada IMF untuk mengawal perbelanjaan negara mereka. Namun Malaysia mengambil langkah untuk menjual 36 tan emas untuk mengelak daripada meminjam daripada IMF. Daripada 72 tan, kini Malaysia hanya tinggal 36 tan sahaja. Apa bekalan yang kita ada jika berlakunya krisis ekonomi sekali lagi?

Peperangan

Contoh terbaru yang berlaku di Libya boleh dijadikan rujukan. US yang terkenal dengan sifat suka mengambil kesempatan di atas kelemahan negara2 yang sedang bergolak akan cuba mencetuskan peperangan kononnya untuk membasmi keganasan. Tahukah anda, setiap kali berlakunya peperangan, kerajaan US terpaksa membelanjakan berbilion USD untuk menampung kos peperangan. Mungkin anda merasakan ini satu kerugian besar buat US kerana mengeluarkan belanja yang banyak untuk tujuan itu. Tetapi sedarkan anda bahawa yang mencetak USD itu adalah kerja pihak US sendiri dan bilangan cetakan adalah mengikut rasa sukahati mereka. Tindakan ini akan menyebabkan nilai USD menurun dan secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas yang diniagakan dalam USD turut meningkat naik! Kenapa mereka langsung tidak kisah nilai USD itu turun? Jawapannya ada pada anda. Letakkan diri anda sebagai negara Amerika Syarikat dan anda mempunyai kuasa mencetak duit sendiri yang diiktiraf di seluruh dunia dan digunakan untuk urusan dagangan dunia. Anda nak beli emas dan minyak yang diniagakan dalam nilai USD. Jadi, anda hanya perlu mencetak USD anda sahaja dan beli seberapa banyak yang anda suka. Justeru tidak hairanlah mengapa data ekonomi US sentiasa tidak memihak kepada mereka disebabkan oleh tindakan mereka sendiri. Apa yang mereka nak risau? Mereka sebenarnya dapat emas dan minyak secara percuma dengan hanya memberi kertas yang dicetak nilai ke atasnya sahaja. Apa yang bernilai sebenarnya? Emas dan Minyak! Bukannya wang kertas!

Kenaikan Harga Minyak Dunia

Dunia kini berlumba2 untuk menguasai Emas Hitam atau dalam erti kata lain Petroleum atau minyak. Kenaikan harga minyak juga menyumbang ke arah peningkatan inflasi kerana minyak digunakan oleh seluruh dunia dan permintaan terhadapnya juga tinggi. Bayangkan jika operasi pengeluaran minyak dihentikan selama 1 hari. Ini boleh menyebabkan harga minyak melambung berpuluh USD per barrel! Mengapa harga emas dikaitkan dengan harga minyak? Bukankah saya katakan tadi, minyak merupakan keperluan seharian seluruh manusia di alam ini untuk menggerakkan kenderaan, peralatan, jentera, operasi pengilangan...semuanya memerlukan minyak. Jika harga minyak naik, kos barangan lain juga akan naik sekaligus menjadikan peningkatan inflasi. Lalu ini dikaitkan dengan kenaikan harga emas! Anda sudah nampak bukan...

Inilah sebab-sebab yang anda perlu tahu mengapa harga emas susah untuk jatuh. Bukan ingin menafikan harga emas boleh jatuh, tetapi faktor-faktor di atas banyak memainkan peranan. Sekarang masa yang sesuai untuk anda mula menyimpan emas. Mulakan langkah pertama anda! Hubungi saya 019-5595916 untuk membeli emas keluaran Public Gold.

Sabtu, 12 Februari 2011

Tawaran Hebat Dari SendukEmas Untuk Dealer Public Gold!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan kita tidak bertemu. Sekarang rasanya ramai yang sudah senyum dan ada yang berterima kasih kepada saya kerana harga emas sudah pun kembali menokok. Sudah saya katakan dahulu, harga emas yang turun mendadak akan naik semula selepas Tahun Baru Cina. Bagi mereka yang sudah membeli emas Public Gold, tahniah diucapkan! Ada yang mencairkan wang ASB dan memilih emas yang sudah terbukti kalis inflasi dan tidak berkurang nilainya. Tahniah juga saya ucapkan kepada Dealer baru di bawah Rangkaian Senduk Emas, En. Shuhaimi bin Ishak. Kepada sesiapa yang berhajat nak beli produk2 emas/silver Public Gold, anda boleh hubungi En. Shuhaimi di nombor 0174547870.

OK...berbalik kita kepada tajuk artikel di atas.



Apa dia tawaran yang dimaksudkan? Aha...tawaran ini berkuatkuasa mulai artikel ini ditulis. Kepada sesiapa yang berhajat nak jadi Priority Dealer yang syaratnya cuma perlu membeli produk emas/silver Public Gold dengan nilai minimum sebanyak RM100 ribu, SendukEmas akan hadiahkan kepada anda sebuah Portable Hardisk Buffalo 500G! Wah, menarik kan? Dengan ini, anda akan dilantik menjadi Priority Dealer Public Gold dan layak diberi komisen 1.5% untuk setiap sales yang anda buat! Jadi, sesiapa yang berminat dengan tawaran ini, jangan malu2 lagi untuk call saya 019-5595916! InsyaAllah, saya akan membimbing anda sedikit sebanyak ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Simpanlah emas, penyimpan nilai kekayaan!

Ahad, 16 Januari 2011

Main Kutu Wang Kertas dan Dinar, Mana Lebih Adil?



Ramai orang yang suka menyimpan wang dengan cara bermain kutu, iaitu kaedah menyimpan/meminjam wang secara ansuran tanpa dikenakan sebarang interest. Kaedah ini biasanya diamalkan di kalangan orang kampung, cikgu2, pekerja2 kilang, pejabat malah yang tak bekerja juga tidak ketinggalan seperti pelajar2 sekolah dan suri rumah. Jumlah kutipan biasanya dibuat secara bulanan dan amaun ditetapkan mengikut persetujuan bersama dengan seorang daripadanya akan dipersetujui dilantik menjadi ketua. Ketua biasanya bertindak sebagai pemungut dan secara automatik memegang nombor giliran yang pertama.

Betul ke Main Kutu Ni Adil?

Rata-rata orang yang saya jumpa, apabila diajukan soalan adakah simpan atau pinjam wang secara bermain kutu ini adil untuk setiap peserta, pasti jawapan yang diberikan adalah adil. Benarkah begitu? Mari kita kaji perkara ini satu persatu bagaimana yang dikatakan adil itu.

Sebagai contoh, ada 20 orang yang menjadi peserta dan jumlah kutipan bulanan yang dipersetujui antara mereka adalah sebanyak RM100. Jadi, setiap seorang akan mengeluarkan RM100 setiap bulan selama 20 bulan. Peserta akan mengundi sesama mereka bagi mendapatkan nombor giliran. Jadi, setiap peserta akan mendapat sebanyak RM2000 apabila sampai ke nombor giliran mereka. Secara matematiknya, adil bagi setiap orang peserta kerana mereka bayar RM100 setiap bulan selama 20 bulan dan masing-masing menerima RM2000. Jika mereka bermula pada Januari 2010, maka giliran peserta terakhir adalah pada Ogos 2011. Jadi, apabila peserta yang memegang nombor giliran no.1 mendapat RM2000 pada bulan Januari 2010, peserta ke-20 juga mendapat RM2000 pada bulan Ogos 2011. Adakah ini adil? Sekali lagi, secara matematiknya, ianya dilihat adil. Tetapi secara ekonominya, jauh sekali untuk mengatakannya adil. Kenapa? Cuba kita bandingkan harga barang pada bulan Januari 2010 dengan Ogos 2011, adakah harga barang ketika itu sama? Adakah dengan nilai RM2000 pada Ogos 2011 masih boleh membeli barang yang sama dengan nilai RM2000 pada Januari 2010? Inflasi kenaikan harga barang di Malaysia adalah sekitar 4-6% setahun. Jadi, inflasi kenaikan harga barang dalam masa 20 bulan itu (1 tahun 8 bulan) menyamai inflasi sebanyak 8-10%. Ini membuktikan sistem kutu menggunakan wang kertas sama sekali tidak adil di kalangan setiap peserta lebih-lebih lagi antara pemegang giliran No.1 dengan No.20 kerana nilai RM2000 itu semakin berkurang!

Bagaimana Pula Main Kutu Dinar?

Satu lagi kaedah main kutu adalah dengan menggunakan syiling emas dinar sebagai simpanan. Tetapi kaedahnya sedikit berlainan daripada bermain kutu wang kertas. Katakan 20 orang peserta yang menyertainya dan mereka bersetuju untuk menerima 1 dinar apabila sampai ke giliran masing-masing. Pembayaran bulanan pula adalah dipungut mengikut kadar tukaran RM kepada 1 dinar pada harga semasa. Setiap awal bulan, satu 1 dinar akan dinilai dengan kadar RM dan akan dibahagikan kepada 20 orang. Contoh, 1 dinar pada Januari 2010 bersamaan RM580. Jadi, RM580 akan dibahagikan kepada 20 orang, dan setiap peserta perlu membayar sebanyak RM29 pada bulan tersebut. Dan 1 dinar itu akan diserahkan kepada pemegang giliran No.1. Kemudian, pada awal bulan Februari 2010, 1 dinar akan dikunci (lock) dengan kadar RM558. Seperti kiraan pada bulan Januari, peserta perlu membayar sebanyak RM27.90 dan 1 dinar akan diserahkan kepada pemegang giliran No.2. Pada bulan Januari 2011, 1 dinar bersamaan RM650, jadi setiap peserta perlu membayar sebanyak RM32.50 dan pemegang giliran No.13 akan dapat 1 dinar. Begitulah sehingga Ogos 2011. Semua peserta membayar pada kadar yang sama, dan menerima 1 dinar setiap seorang di mana nilai 1 dinar tetap juga 1 dinar pada pemegang giliran terakhir dan 1 dinar pada Ogos 2011 tetap masih boleh digunakan untuk membeli barang pada harga bulan Januari 2010. Bukankah ini lebih adil?

Sekarang, terpulang pada anda untuk mengaplikasikan sistem kutu ini ke arah yang lebih baik. Maaf kerana saya tidak menggunakan perkataan 'membeli dinar' kerana secara hakikatnya dinar adalah matawang sebenar dan dinar tidak boleh dibeli. Jadi saya telah menggunakan istilah 'menukarkan' RM kepada Dinar. Boleh gitu? hehe...

Ahad, 9 Januari 2011

Masa Terbaik Beli Emas Adalah... SEKARANG!!!

Sudah seminggu lebih kita memasuki Tahun 2011 ini. Apakah anda sudah memasang impian untuk lebih berjaya pada tahun ini berbanding tahun lepas? Sudah semestinya bukan? Jadi kepada pelabur2 emas, peniaga2 emas, sudah tentu tahun ini akan terus memberikan keuntungan demi keuntungan atas kenaikan harga emas yang begitu memberansangkan. Walaupun kenaikan harga emas telah mencapai 30% pada tahun 2010, tetapi bagi peniaga2 emas, ada antara mereka yang telah berjaya meraih keuntungan sehingga 40-50% setahun dengan teknik-teknik tertentu!!!

Itu cerita kalau anda berminat nak jadi peniaga/pengedar emas. Tetapi artikel kali ini saya akan cuba tumpukan pada mereka yang betul2 baru nak memahami atau nak mempelajari bagaimana nak melabur dengan emas.

Apa itu EMAS sebenarnya?

Sebelum anda mulakan pelaburan emas ini, anda perlu tanya diri anda sendiri sejauh mana anda kenal apa itu EMAS? Secara ringkas untuk anda yang masih awal dalam pelaburan emas ini, saya pasti anda hanya tahu emas itu adalah dari barang kemas seperi cincin, rantai, gelang dan subang dan yang jongkong emas. Baiklah, bagi anda yang tak sabar-sabar nak tahu tentang pelaburan emas, saya syorkan anda melabur dalam Public Gold.

Apa itu Public Gold?

Public Gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal tempatan yang pertama di Malaysia. Jika anda nak tahu lebih dekat emas Public Gold ini, anda boleh baca di sini...
http://sendukemas.blogspot.com/2010/10/mari-berkenalan-dengan-public-gold-dan.html

Kenapa Pelaburan Emas Ini Dikatakan Menguntungkan?

Sejak Tahun 2005, harga emas telah meningkat sehingga lebih 300%! Wah, jika anda melabur 10k pada tahun berkenaan, nilai emas anda sekarang sudah naik menjadi 40k!!! Dan katakan pula anda membuat pinjaman bank 10k selama 10 tahun, dalam masa 5 tahun saja, anda dah boleh selesaikan baki pinjaman yang ketika itu mungkin hanya tinggal 5k sahaja ketika itu. Dan anda ada pula 35k CASH dalam tangan!!! Best bukan???
Ini rekod harga emas tahun lepas...

http://sendukemas.blogspot.com/2010/10/harga-emas-naik-25-30-tahun-2010.html

Kenapa Saya Kata Sekarang Adalah Masa Terbaik Beli Emas???

Pada 7 Disember 2010 yang lepas, harga emas dunia telah mencatatkan rekod tertinggi iaitu USD1426/oz. Ini adalah bersamaan RM146.73 seGRAM. Kini harga emas dunia telah turun sehingga ke paras USD1360/oz bersamaan RM139.94. Sudah berkali saya menerima soalan daripada pembeli/pelabur baru, bila harga emas nak turun. Hah, inilah masanya wahai pembeli/pelabur emas sekalian...Masih jua nak menunggu harga emas turun. Sekali lagi ingin saya ingatkan pada anda. Jika anda membuat keputusan untuk join pelaburan emas ini, jangan biarkan diri anda dikuasai perasaan tamak. Jika anda telah memasang niat untuk membeli emas ketika harga turun, inilah masanya. Jika anda benar2 yakin harga emas akan turun lagi selepas ini, jangan menyesal jika tiba2 jangkaan anda meleset. Pastinya anda akan menyesal kerana tidak membuat keputusan untuk membeli ketika harga rendah dahulu. Benarlah kata orang Masa Itu Emas. Anda sebenarnya tak perlu risau harga emas turun selepas anda beli kerana selepas turun, ia akan naik semula malah lebih dari harga yang anda beli dahulu dan boleh mencapai kenaikan sehingga 30% setahun!

Hm, sekarang anda sudah nampak bukan emas mampu untuk membuatkan impian anda tercapai selepas ini. Kepada anda yang ingin menjadi peniaga emas kecil-kecilan, Public Gold telah menyediakan platform untuk anda. Dengan modal hanya 20k, anda sudah boleh menjadi pengedar emas Public Gold. Hubungi saya sekarang jika anda benar-benar ingin mengubah hidup anda!

Sabtu, 1 Januari 2011

Salam Tahun Baru 2011!!!

Maka dengan ini, sudah rasmilah saya bergelar Priority Dealer Public Gold...hehe. Selamat tahun baru semua! Amacam tahun lepas? Berjaya ke capai cita-cita anda? Bagaimana azam anda pada tahun ini pula?

Azam saya takde lain, nak banyakkan simpanan emas saya...hehe, mudah2an dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Hm, bercakap lagi soal emas...peluang masih ada untuk anda menjadi Dealer rasmi bagi Public Gold. Kebaikan menjadi Dealer Public Gold, anda akan mendapat komisen sebanyak 1% daripada setiap hasil belian yang anda buat dari Public Gold. Sebagai contoh, jika anda beli emas 20 gram hari yang berharga RM3231, jadi 1% daripadanya ialah RM32.31. Maka itulah komisen anda. Dan komisen itu pula dibayar setiap 20hb mengikut jumlah terkumpul sales yang anda buat. Lumayan bukan? Di sampaing anda menyimpan emas Public Gold untuk diri anda sendiri, anda boleh menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk mencari pendapatan sampingan.

Bukankah emas ini barang yang bernilai? Maka tidak susah bagi anda untuk membuat sales. Kerana apa saya berkata begitu? Kerana anda jual EMAS! Semua orang mengakui emas itu barang yang bernilai dan kalis inflasi. Jadi, jika anda benar-benar berminat untuk menjalankan perniagaan emas Public Gold, hubungi saya untuk maklumat lanjut. Jika anda hanya ingin membeli emas Public Gold, anda juga boleh hubungi saya di 019-5595916. Kini terpulang pada anda. Nak simpan wang kertas atau emas?