Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 24 Mac 2011

Permintaan Tinggi, Pembiayaan Kos Peperangan, Kenaikan Harga Minyak Faktor Harga Emas Melambung Tinggi!

Alhamdulillah...sudah lama saya tidak mengemaskini blog untuk tatapan pembaca. Mungkin ada yang sudah mengetahui, ketika harga emas jatuh baru-baru ini, ramai pembeli yang mengeluh, risau dengan keadaan semasa harga emas yang tidak memihak untuk menguntungkan anda. Justeru artikel ini saya khaskan kepada anda yang benar2 ingin memahami mengapa anda tidak perlu risau harga emas turun.

Inflasi

Jika anda menonton berita malam tadi, Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz menjangkakan kenaikan inflasi negara akan menjangkau sekitar 2.5% hingga 3.5% pada tahun 2011 ini. Ini sudah cukup untuk menyakinkan anda bahawa harga emas akan naik. Bukankah saya pernah menerangkan kepada anda bahawa kadar kenaikan harga emas adalah selari dengan kenaikan inflasi. 3.5% adalah cuma jangkaan sahaja. Hakikatnya anda sendiri boleh membuat pengiraan. Saya beri satu contoh kepada anda yang masih belum faham apa itu inflasi. Katakan anda menjual kuih karipap di tepi jalan dengan harga RM0.30 setiap satu pada bulan Januari 2010. Dan pada tahun ini, anda merasakan dengan kenaikan bahan api, bahan2 masakan, maka mustahil untuk anda meraih untung dengan mengekalkan harga kuih karipap anda. Jadi anda naikkan harga satu kuih karipap dari 30 sen ke 40 sen. Dengan menaikkan 10 sen sahaja, inflasi yang berlaku terhadap kuih karipap anda adalah bersamaan 33%! Itu baru contoh kecil. Cuba tonton semula filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlie, Laksamana Do Re Mi. Di awal filem itu, Mi ke pasar untuk membeli barang2 masakan dan bertanya harga barang2 seperti sayur-sayur, buah-buahan kepada seorang perempuan yang menjual di situ. Betapa murahnya bukan harga ketika itu. Berapa peratus kenaikan inflasi jika dibandingkan dengan harga sekarang? Anda sudah nampak bukan?

Emas Logam Yang Diangkat Darjatnya oleh Allah di Dalam Syurga


Emas adalah satu logam yang dimuliakan oleh Allah SWT dan diciptakan logam ini untuk kita bersenang-senang di dunia ini. Ini dinyatakan di dalam Al-Quran, surah Ali Imran ayat 14.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)"

Permintaan Yang Tinggi

Semua manusia mengiktiraf Nilai yang ada pada emas. Tetapi bukan semua manusia mengiktiraf Ringgit Malaysia sebagai wang! Anda pergi US, bolehkah anda membeli apa2 barang dengan menggunakan RM? Sudah tentu tidak kan? Anda perlu menukarkannya dengan wang US Dollar, barulah anda boleh membeli, itupun nilanya sudah berubah. 1 RM bukannya sama dengan 1 USD. Ini bermakna Ringgit Malaysia hanya diiktiraf di Malaysia sahaja. Tetapi jika anda pegang 100 gram emas di Malaysia, anda pergi ke mana sahaja, 100 gram emas tetap 100 gram emas dan diterima di seluruh dunia!

Permintaan yang semakin tinggi juga menyebabkan harga emas naik. Lihat saja data simpanan emas negara-negara di dunia ini. Jika emas bukan pelindung ekonomi sesebuah negara, mengapa negara2 maju seperti US, China, India, Germany menyimpan beribu2 tan emas di negara mereka? Ini adalah untuk melindungi kekayaan negara mereka jika berlakunya krisis ekonomi. Buktinya, Malaysia sendiri pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Krisis ekonomi yang berlaku pada Tahun 1998 membuatkan banyak negara terpaksa meminjam daripada IMF untuk mengawal perbelanjaan negara mereka. Namun Malaysia mengambil langkah untuk menjual 36 tan emas untuk mengelak daripada meminjam daripada IMF. Daripada 72 tan, kini Malaysia hanya tinggal 36 tan sahaja. Apa bekalan yang kita ada jika berlakunya krisis ekonomi sekali lagi?

Peperangan

Contoh terbaru yang berlaku di Libya boleh dijadikan rujukan. US yang terkenal dengan sifat suka mengambil kesempatan di atas kelemahan negara2 yang sedang bergolak akan cuba mencetuskan peperangan kononnya untuk membasmi keganasan. Tahukah anda, setiap kali berlakunya peperangan, kerajaan US terpaksa membelanjakan berbilion USD untuk menampung kos peperangan. Mungkin anda merasakan ini satu kerugian besar buat US kerana mengeluarkan belanja yang banyak untuk tujuan itu. Tetapi sedarkan anda bahawa yang mencetak USD itu adalah kerja pihak US sendiri dan bilangan cetakan adalah mengikut rasa sukahati mereka. Tindakan ini akan menyebabkan nilai USD menurun dan secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas yang diniagakan dalam USD turut meningkat naik! Kenapa mereka langsung tidak kisah nilai USD itu turun? Jawapannya ada pada anda. Letakkan diri anda sebagai negara Amerika Syarikat dan anda mempunyai kuasa mencetak duit sendiri yang diiktiraf di seluruh dunia dan digunakan untuk urusan dagangan dunia. Anda nak beli emas dan minyak yang diniagakan dalam nilai USD. Jadi, anda hanya perlu mencetak USD anda sahaja dan beli seberapa banyak yang anda suka. Justeru tidak hairanlah mengapa data ekonomi US sentiasa tidak memihak kepada mereka disebabkan oleh tindakan mereka sendiri. Apa yang mereka nak risau? Mereka sebenarnya dapat emas dan minyak secara percuma dengan hanya memberi kertas yang dicetak nilai ke atasnya sahaja. Apa yang bernilai sebenarnya? Emas dan Minyak! Bukannya wang kertas!

Kenaikan Harga Minyak Dunia

Dunia kini berlumba2 untuk menguasai Emas Hitam atau dalam erti kata lain Petroleum atau minyak. Kenaikan harga minyak juga menyumbang ke arah peningkatan inflasi kerana minyak digunakan oleh seluruh dunia dan permintaan terhadapnya juga tinggi. Bayangkan jika operasi pengeluaran minyak dihentikan selama 1 hari. Ini boleh menyebabkan harga minyak melambung berpuluh USD per barrel! Mengapa harga emas dikaitkan dengan harga minyak? Bukankah saya katakan tadi, minyak merupakan keperluan seharian seluruh manusia di alam ini untuk menggerakkan kenderaan, peralatan, jentera, operasi pengilangan...semuanya memerlukan minyak. Jika harga minyak naik, kos barangan lain juga akan naik sekaligus menjadikan peningkatan inflasi. Lalu ini dikaitkan dengan kenaikan harga emas! Anda sudah nampak bukan...

Inilah sebab-sebab yang anda perlu tahu mengapa harga emas susah untuk jatuh. Bukan ingin menafikan harga emas boleh jatuh, tetapi faktor-faktor di atas banyak memainkan peranan. Sekarang masa yang sesuai untuk anda mula menyimpan emas. Mulakan langkah pertama anda! Hubungi saya 019-5595916 untuk membeli emas keluaran Public Gold.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan