Public Gold dan Public Dinar

Selasa, 12 April 2011

Menjana Keuntungan Dengan Menggunakan Pajakan Arrahnu

Assalamualaikum dan salam emas buat pelabur-pelabur emas semua... bagimana rasanya apabila melihat kenaikan mendadak harga emas minggu lepas? Pasti anda teruja lebih-lebih lagi pada anda yang baru join dunia pelaburan emas ini.

Ok, kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi teknik pajakan yang biasanya dilakukan untuk meraih keuntungan dari duit orang lain. Hm, kalau ada orang nak bagi anda modal untuk anda jalankan sesuatu yang anda tahu akan menguntungkan anda, pasti anda tidak akan menolaknya bukan? Ye la, tak guna duit anda sesen pun...tapi boleh buat untung! Baik, katakan anda baru terbaca blog saya ini dan anda berazam nak beli emas dan jadi Dealer Public Gold. Syarat nak jadi dealer PG bukannya susah, cuma perlu beli emas bernilai 20 ribu saja, terus layak jadi dealer. Itu saja!

Anda pilih item yang anda ingin beli bagi mencukupkan nilai 20k bagi melayakkan anda jadi dealer. Setelah dihitung, anda dapat membeli item2 seperti di bawah dengan nilai berikut:-

1. Public Gold 1 Dinar 4.25g = RM 670 x 5 keping
3. Public Gold Bullion Bar 20g = RM 3241 x 3 keping
4. Public Gold Bullion Bar 50g = RM 7622 x 1 keping

Semuanya berjumlah RM 20,695.00!

Ok, apa anda nak buat dengan emas2 tu? Kalau anda cuma nak simpan dan tunggu harga naik, anda simpan je dulu, sambil2 tu iklan kat facebook, cerita kat kawan2, sedara mara, jiran terdekat yang anda ada beli emas tu (tunjuk gambar anda bersama emas2 tu). Pasti mereka akan bertanya, macam mana caranya, beli di mana, boleh untung ke, selamat ke? ha...itu antara soalan wajib yang akan ditanya kepada anda. Di sinilah anda perlu cepat untuk sediakan segalanya bahan2 tontonan seperti:-

1.Graf kenaikan harga emas sepanjang 1,2,5 dan 10 tahun...hampir 400%!
2.Keratan akhbar Harian Metro mengenai Public Gold.
3.Sijil pengiktirafan oleh Bank Negara Malaysia dan Malaysia Books Of Record sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan emas sendiri.
4.Contoh emas sebenar (tunjuk satu dah la)

Baik, kalau selepas tu ada yang berminat nak beli, anda sebagai dealer hanya perlu lock harga setuju customer anda tu, janji dengan dia berkenaan urusan bayaran dan pengambilan stok. Dan anda akan mendapat komisen berdasarkan setiap order yang anda buat di Public Gold.

Pajakan Arrahnu, Berbaloikah?

Ini adalah cara untuk anda menambah keuntungan anda dengan menggunakan emas yang anda anda. Teknik ini adalah mengikut kreativiti anda sendiri. Baik, pertama sekali kunjungi mana2 cawangan Agro Bank yang terdekat untuk pajakkan emas anda. Katakan anda nak pajak 90 gram (2 keping 20g dan 1 keping 50g). Bawa emas-emas anda tu, dan ambil nombor giliran. Mula2 dia akan buka dulu cover plastik emas anda tu dan timbang dengan alat penimbang emas untuk pengesahan ketulenan. Ok, katakan rate harga emas Arrahnu Agro Bank pada hari itu adalah Rm160/gram. Jadi emas anda (90 gram) x Rm160 = Rm14,400. Nilai ini akan disebut sebagai nilai Marhun. Agro Bank akan memberi pinjaman kepada anda sebanyak 65% daripada nilai marhun tersebut. Bermakna anda akan mendapat pinjaman sebanyak (65% x Rm14,400 = Rm9,360). Pinjaman ini perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pajakan tersebut dan anda tidak dikenakan sebarang interest sepanjang tempoh tersebut. Tetapi anda hanya perlu bayar kos upah simpan bulanan. Pengiraannya adalah seperti ini.

Nilai marhun x 0.75 / 100
14400 X 0.75 / 100 = Rm108

Jadi, setiap bulan anda perlu bayar kepada Arrahnu Agro Bank sebanyak Rm108 sebulan. Anda juga boleh untuk tidak membayar mengikut bulan asalkan dalam tempoh 6 bulan anda boleh membayar semula jumlah pinjaman anda itu. Katakan anda hanya pajak selama 3 bulan sahaja dan anda mahu tebus semula emas anda. Jadi Rm108 x 3 bulan = Rm324 (jumlah kos upah simpan). Jadi, Rm324 + Rm9,360 = Rm9,684 (jumlah penuh yang anda perlu selesaikan)

Baik selepas selesai proses timbang emas itu, anda perlu mengisi dan menandatangai beberapa borang dan selepas itu anda akan terima Cash sebanyak Rm9,360. Proses ini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja! Baik...kini anda ada Rm9,360. Apa perlu anda buat?

Jika anda duduk diam, nilai Rm9,360 itu tetap akan sama dan anda menanggung kerugian dengan terpaksa membayar kos upah simpan kepada Arrahnu. Jadi anda perlu berbuat sesuatu untuk menjana keuntungan dengan nilai Rm9,360 yang anda ada ketika itu. Jadi, belilah emas lagi! Teknik ini lebih berhasil jika harga emas turun daripada nilai yang anda beli dahulu. Jadi dengan Rm9,360 anda dapat membeli sekeping 50g (katakan harga ketika itu Rm7,400), jadi Rm9,360 – Rm7,400 = Anda masih ada Rm1,960. Anda boleh lagi membeli 3 keping 1 dinar (katakan harga ketika itu Rm612 x 3 = Rm1,836), jadi Rm1,960 – Rm1,836 = Anda masih ada Rm124. Simpan dulu baki tersebut dan jangan buat apa lagi. Tindakan seterusnya anda hanya perlu tunggu sahaja dan pantau harga emas dan target selama 6 bulan.

3 bulan pun berlalu...

Katakan 3 bulan berlalu dan anggarkan harga emas naik sebanyak 15%. Jadi emas yang anda beli 50g + 3 keping 1 dinar sebanyak Rm9,236 dulu tu, kini sudah meningkat menjadi Rm10,621! Dan anda mahu jual semuanya ketika itu. Anda tengok harga belian balik (We Buy) di website Public Gold adalah -6% daripada harga jualan (We Sell). Jadi Rm10,621 – 6% = Rm9,984. Sebagai dealer, anda akan mendapat komisen sebanyak 0.5% dari hasil jualan semula ke Public Gold. Jadi, anda akan dapat sebanyak Rm10,033. Apa perlu anda buat selepas ini?

Kira semula kos upah simpan emas pajakan anda tu. Anda hanya simpan selama 3 bulan sahaja, bermakna Rm108 x 3 = Rm324. Nilai pinjaman anda pula Rm9,360. Jumlah kedua-duanya adalah Rm9,684. Dengan hasil jualan semula emas yang anda beli hasil duit pajakan yang anda terima dulu sebanyak Rm10,033 – Rm9,684 = Anda untung sebanyak Rm349. Dan anda dapat semula emas yang anda pajak sebanyak 90 gram itu dan nilainya kini sudah naik!!! Anda pula untung sebanyak Rm349 dalam masa 3 bulan hanya dengan menggunakan duit Arrahnu, bukannya duit anda!

Bagaimana? Sudah jelas bukan teknik pajakan ini? Sebenarnya teknik pajakan ini tidak hanya bertumpu untuk membeli emas sahaja. Tetapi ianya berbaloi jika digunakan untuk apa-apa saja benda yang boleh memberikan keuntungan seperti perniagaan, kontrak pembinaan, kontrak masakan dan lain-lain yang memberikan pulangan. Berbalik kepada pajakan untuk membeli emas seperti yang saya tunjukkan di atas, saya tidak begitu menggalakkan anda membuat teknik ini jika anda belum benar-benar mahir untuk mengira keseluruhan caj pajakan yang saya sebutkan tadi. Teknik ini akan menyebabkan anda untung jika harga emas naik selepas anda pajak sahaja, tetapi ia juga boleh menyebabkan anda rugi jika harga emas turun selepas anda pajak selama 6 bulan itu. Dalam erti kata lain, teknik pajakan ini adalah berisiko. Jadi terpulang pada anda samada nak buat atau tidak. Jika anda yakin harga emas akan naik, anda tahu apa perlu anda buat. Tetapi jika anda rasa harga emas akan turun, anda tahu risikonya jika anda mahu buat.

Rasanya cukup untuk kali ini, nasihat saya cuma satu saja. Jangan tamak! Be a smart Investor! Fast action Fast Result!

2 ulasan:

  1. kalau smpan saja dlm ar rahnu mcm mana...
    xnak buat pmjaman ngan ar rahnu...
    bleh..??

    BalasPadam