Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 21 Julai 2011

Emas Melonjak ke Paras Tertinggi USD$1,600 seauns, Bakal Cecah USD$2,000 Dalam Tempoh 2 Tahun!



Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat. Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Ahad, 3 Julai 2011

Promosi Baharu Jadi Normal Dealer Public Gold Hanya Dengan Belian RM15,000, Priority Dealer RM80,000!

Sesiapa yang ingin menjadi Normal Dealer Public Gold, kini anda hanya perlu membuat belian sebanyak RM15,000 manakala belian sebanyak RM80,000 pula anda layak untuk menjadi Priority Dealer!



Syaratnya semua belian mestilah dalam bentuk barang kemas Public Jewellery dan ianya mestilah termasuk jenis2 barang kemas seperti yang telah ditetapkan seperti di banner promosi diatas.

Jika anda mahu melihat produk2 publicjewellary, sila ke . Anda juga boleh pergi terus ke mana2 cawangan Public Gold untuk melihat sendiri produk2 ini. Barang2 kemas Public Jewellery ini juga diterima untuk pajakan di mana-mana Arrahnu seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Yapeim dan lain-lain. Ketulenannya pula dijamin 916! Spread Public Jewellery juga antara yang terendah iaitu hanya 15% sahaja berbanding spread di kedai-kedai emas yang antaranya antara 20% ke 30%!

Selain itu, jika anda pernah menggunakan teknik pajakan untuk meraih untung, ini merupakan peluang anda untuk menjana keuntungan menggunakan Arrahnu! Sebab itu, anda perlu menguasai ilmu tentang emas! Ambil peluang di kala harga emas menjunam sekarang!

Mahu tahu caranya? Jom sertai saya di Rangkaian Senduk Emas Pelaburan Emas Public Gold! Hubungi saya segera...anda pasti teruja!