Public Gold dan Public Dinar

Ahad, 4 November 2012

Seminar Rahsia Emas Public Gold Bulan November 2012

Alhamdulillah...syukur kepada Allah. Tak putus-putus rezeki yang datang sejak menceburkan diri dalam dunia Pelaburan Emas ini. Kepada pelabur-pelabur yang telah membeli emas melalui SendukEmas ini, diharapkan anda berpuas hati dengan kenaikan harga emas yang akan terus naik nanti...Hm, memang besar potensi kenaikan yang akan berlaku pada 2013 nanti, lebih2 lagi selepas Pilihan Raya US 6 November nanti. Tak Percaya? Lihat graf di bawah...Jadi, kalau nak berjaya dengan emas, ambillah peluang ini ye...

(lihat pergerakan harga emas setiap kali selepas berakhirnya pilihanraya US)

Baiklah, di sini saya ingin mengumumkan jadual Seminar Rahsia Emas dan Peluang Perniagaan Emas Public Gold pada bulan November 2012.


Bagi mereka yang nak tahu rahsia emas ini, anda seharusnya datang. Memang tak rugi anda fahami dulu ilmu tentang emas ini.

Seminar Rahsia Emas & Peluang Perniagaan Emas Bersama Public Gold pada bulan November 2012
(seminar akan disampaikan oleh Mahaguru Emas, En. Syukor Hashim)

Kenapa anda perlu hadir ke seminar ini? Adalah lebih elok anda fahami dan mendalami ilmu tentang emas ini terlebih dahulu. Biar anda jadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas.

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 019-5595916 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Hariz bin Farhan, 17/11/2012, PG Sunway.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Hariz bin Farhan, 2. Haslinda Ismail, 3. Nadia Mazlan, 4. Ehsan Mazlan, 20/11/2012 PG Seremban.

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 1 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka hanya memahami ajaran sesat mengenai Pelaburan Emas melalui Arrahnu, Pelaburan yang menjanjikan dividen bulanan dan hanya duduk diam untuk dapat duit. Namun mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Beberapa slide berkenaan isu-isu pelaburan emas akan ditayangkan dan peserta juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara menguji ketulenan emas Public Gold.

Setelah peserta benar-benar faham akan fungsi emas dalam sistem kewangan kita, speaker En.Syukor akan mendedahkan bagaimana untuk menjana keuntungan melalui perniagaan emas Public Gold. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas ini, maka anda kena hadir seminar ini.

Ok, jumpa anda di seminar...!

Selasa, 30 Oktober 2012

Senarai Terbaru SCAM List oleh BNM, Public Gold Tidak Tersenarai!

Alhamdulillah...
Akhirnya Public Gold telah dibersihkan nama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) apabila senarai entiti dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM terbaru menunjukkan Public Gold tidak tersenarai.


Kepada kawan2, dealer2 SendukEmas, customer2, sedara mara yang pernah membeli emas PG, anda tak perlu risau. Bukankah saya pernah berkata, apa yang anda beli itu adalah EMAS! Jika sesuatu terjadi dengan Public Gold, anda masih boleh jual EMAS anda itu kepada kedai emas yang lain termasuklah Kedai Emas Ah Meng atau Kedai Emas Muthu. Mereka pasti akan membeli kerana itu adalah EMAS! Diulangi...EMAS! EMAS! EMAS! Pernah ke kedai emas tak mahu beli emas?

Sebab itu saya pernah tekankan dahulu supaya kita pelajari ilmu tentang emas. Kena tahu bezakan antara Pelaburan Emas dengan Skim Pelaburan Emas kerana apa yang Public Gold buat bukannya suatu SKIM. Ia hanya menjual dan membeli emas sahaja. Sama sahaja dengan kedai-kedai emas di luar sana. Yang buat orang tak paham adalah kerana jenama Public Gold telah menjadi sebutan ramai dan membuka peluang untuk orang ramai untuk melabur dengan emas secara selamat.

Beza Skim Pelaburan Emas dengan Pelaburan/Perniagaan Emas

Skim Pelaburan Emas pula adalah suatu pelaburan yang menjanjikan pulangan atau dividen setiap bulan atau dikenali sebagai Hibah oleh sesetengah syarikat. Sebagai contoh, Ali beli 100 gram emas dengan harga RM 18,000 dan mengikat kontrak selama 3 hingga ke 6 bulan. Setiap bulan, beliau dijanjikan oleh company tersebut dengan Hibah bulanan sebanyak RM1000 sebulan dan apabila tamat kontrak, beliau perlu menjual semula emas tersebut kepada company. Di sini, nampak seperti company berniat ikhlas untuk memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Masalah berlaku apabila duit yang diserahkan oleh pelabur kepada company selesai tetapi emas pula tidak diserahkan kepada pelabur. Ini yang menjadikan pelaburan seperti ini mendatangkan bahaya dan kemungkinan untuk ditipu. Itu belum lagi diceritakan perihal RIBA yang terjadi apabila Emas tidak diserahkan.

Inilah bezanya Public Gold dengan syarikat pelaburan emas yang lain. Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua bahawa Public Gold hanya menjual dan membeli emas. Dan mereka melantik ejen atau dealer sebagai perantara atau wakil untuk menjual dan membeli emas mereka. Dan dealer2 ini akan menerima komisen hasil dari jualan dan belian yang mereka jalankan. Sama sahaja seperti kedai2 emas di luar sana. Bezanya mereka mengupah pekerja dan membuka kedai di seluruh Malaysia. 

Dengan pengumuman ini, maka berakhirlah desas desus mengatakan Public Gold adalah syarikat Skim Pelaburan Emas dan mendatangkan masalah kepada pelabur2. Justeru, saya menasihatkan sekali lagi kepada semua agar pelajari dahulu ilmu tentang emas. Fahami betul2 apa itu skim dan apa itu perniagaan emas.

Sekian.

Isnin, 17 September 2012

Harga Emas Bakal Cecah USD5000/oz, Silver USD100/oz


Hari ni harga emas berlegar sekitar USD1770-USD1780. Apa? Harga emas akan naik ke USD5000/oz??? Ini bersamaan kenaikan sehingga 200%! Mustahil??? Itu kata anda...tapi sebelum tu, lihat fakta ini...

Quantitative Easing 1 ataupun lebih dikenali sebagai QE1 telah pun diumumkan pada Disember 2008 bagi meransang ekonomi Amerika Syarikat. Dalam pakej yang diumumkan itu, Federal Reserve telah mencetak sebanyak USD300 billion dan hasilnya harga emas telah meningkat sebanyak hampir 40% dalam tahun 2009. Namun usaha Amerika Syarikat untuk meningkatkan ekonomi mereka semakin mendatangkan kegagalan, malah tindakan mencetak wang hanya menyebabkan nilai Dollar US semakin menurun.


Setahun selepas itu, Federal Reserve sekali lagi bertindak melancarkan QE2 pada Ogos 2010 di mana kali ini sebanyak USD600 billion telah dicetak bagi tujuan yang sama. Walaupun dikecam kerana gagal dalam QE1, namun US masih tidak mahu berhenti untuk terus mencetak wang Dollar kebanggaan mereka itu. Hasilnya, pergerakan harga emas telah meningkat hampir 35% sehingga bulan September 2011. Kenaikan ini juga didorong kesan Standard & Poors (S&P) yang bertindak menurunkan kredit rating dari AAA kepada AA+ pada bulan Ogos 2011. Ini adalah kesan kegagalan QE2 sepertimana kegagalan QE1 dahulu.


September 2012. Sekali lagi Federal Reserve seperti diketahui ramai pihak akan melaksanakan QE3 dan sesuatu yang mengejutkan telah pun diumumkan oleh Chairman Federal Reserve, Ben Bernarke. Lihat apa yang diumumkan olehnya... 

The Federal Reserve announced plans to unleash more stimulus Thursday, in its third attempt at a controversial program to rev up the U.S. economy. The policy, known as quantitative easing and often abbreviated as QE3, entails buying $40 billion in mortgage-backed securities each month. The end date remains up in the air, as the Fed will re-evaluate the strength of the economy in coming months. The Fed is wasting no time. The purchases begin Friday and are expected to add up to only $23 billion for the remainder of September.The bond-buying policy "should put downward pressure on longer-term interest rates, support mortgage markets, and help to make broader financial conditions more accommodative," the Fed's official statement said.
Harga Emas telah meningkat sebanyak 111% dari QE1-QE3. Kesan Quantitative Easing 3 (QE3) yang diumumkan oleh Federal Reserve pada 13 September lepas bakal membawa harga emas untuk terus meningkat hampir 200% dalam masa 3 tahun akan datang. Besar kemungkinan, harga emas akan melonjak ke angka USD5000/oz dan harga Silver pada kedudukan USD100/oz. QE1 dan QE2 telah pun menjadi sejarah, dan QE3 adalah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih luas.

Jika sebelum ini, anda tidak membuat apa2 tindakan untuk membeli emas bagi menjana keuntungan, maka gunakan peluang ini untuk merancang sesuatu yang boleh memberikan pulangan yang lebih dalam masa 2,3 tahun akan datang. Mulakan dengan membeli emas keluaran Public Gold yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Hubungi saya 0195595916. Peluang untuk menjadi Dealer Public Gold juga masih dibuka. Dengan pembelian RM20,000 ke atas mana2 produk Public Gold akan melayakkan anda menjadi Normal Dealer Public Gold. Nak tahu rahsia menjana keuntungan apabila bergelar Dealer PG, hubungi saya segera.

Sabtu, 8 September 2012

Harga Emas Naik Lagi!!!

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak berjumpa. Lama tak update harga emas, mentang2 harga emas turun menjunam sejak bulan September tahun lepas...terus update 2,3 kali ja...hehe Sekarang ni harga emas dah naik semula...harga sekarang baru dlm USD1735 per aunce. Kalau kita imbas kembali ke tahun lepas, rekod tertinggi adalah pada bulan September iaitu USD1927 per aunce. Bermakna harga emas masih lagi murah jika dibandingkan dengan setahun yang lepas.

 Jika anda ambil peluang ini, beli sekarang sebelum harga emas kembali mencecah usd1800-usd1900, anda pasti boleh meraih sedikit keuntungan. Tetapi jika anda seorang yang hanya berminat untuk membuat simpanan masa depan, belilah pada waktu bila pun, anda tetap akan untung dalam jangkamasa yang panjang. Masihkah anda ingat dengan artikel saya yang lepas2?

Percayakah anda bahawa harga emas akan naik lagi? Pada Jun 2008 (4 tahun yang lalu), Christopher Wyke, seorang pengarah pemasaran di Schroder Investment Management Ltd pernah berkata bahawa harga emas akan naik sehingga USD5000/oz dalam masa beberapa tahun akan datang. Saya petik sedikit kata-katanya yang diterbitkan di dalam laman Bloomberg:-
"You could easily see for the next several years that prices rise not to $1,000 an ounce, but prices rise to $5,000 an ounce or beyond as inflation psychology becomes more and more embedded and people become desperate to have a source of value," said Christopher Wyke, London-based emerging market debt and commodities product manager at Schroder, which oversees about $10 billion of commodity assets."
Kenyataan itu dibuat pada Jun 2008 di mana ketika itu harga emas dunia diniagakan pada kadar USD900/oz!!! Jika anda yang berada di hadapan Christopher Wyke ketika itu, sudah pasti anda akan mentertawakan beliau. Siapa sangka, emas boleh naik sehingga USD1900/oz sedangkan waktu itu hanya USD900/oz sahaja.

 Jika anda ambil ini sebagai cabaran dalam hidup anda, bersama-sama saya anda akan lihat hasilnya pada tahun-tahun akan datang. Saya hanya membantu untuk memberikan anda sedikit maklumat yang saya dapat. Ambillah peluang ini untuk mengubah hidup anda. InsyaAllah...anda pasti berjaya! Hubungi saya di 019-5595916 untuk membeli EMAS atau untuk mendaftarkan diri sebagai Dealer Public Gold di bawah Rangkaian SendukEmas! Sekali lagi sempat untuk saya ucapkan...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Khamis, 1 Mac 2012

Untung Melabur Emas vs Untung Dividen ASB!!!

Sedar tak sedar, kita dah masuk ke bulan Mac 2012. Pasti ada yang gembira sebab belian pada awal Januari dah boleh buat anda untung. Harga emas telah pun nak 11%...huhu, itu belum lagi kalau tunggu sampai hujung tahun...

Ramai yang bertanya pada saya, bagaimana nak untung sekitar 15-20% dengan pelaburan emas ni? Dia bagi dividen macam ASB bagi ke? Hm, itulah kesilapan kita...Dalam otak kita, dah tertanam dan diajar tentang dividen ni, jadi apa saja pelaburan pasti anda nak kan dividen. Sebenarnya dividen itu adalah satu cara untuk meningkatkan nilai. Apa yang anda simpan, ianya perlu bertambah. Sepertimana ASB, jika jumlah simpanan anda adalah sebanyak RM10,000 sepanjang tahun, bermakna nilai itu perlu ditambah oleh ASB dan ini digelar sebagai dividen. Apabila PNB mengumumkan kadar peratus tertentu pada penghujung tahun, sebagai contoh 8%. Maka nilai RM10,000 itu akan bertambah menjadi RM10,800. Sesetengah orang menganggap ini adalah UNTUNG. terpulang pada anda untuk mengambil untung itu atau tidak. Jika anda ambil, maka nilai RM10,000 tersebut akan kekal di dalam akaun. Jika anda biarkan di dalam akaun, maka nilai itu akan semakin bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

Untung Emas vs Dividen

Suka untuk saya bandingkan dividen dengan keuntungan yang boleh kita dapat daripada Pelaburan Emas. Bagaimana caranya? Pertama sekali, kita hendaklah memahami perbezaan antara untung dengan dividen. Jika tadi saya menerangkan pada anda erti dividen, apa pula bezanya dengan untung melabur emas?

Katakan pada Januari 2011, anda membeli emas yang bernilai RM100,000. Rekod harga emas pada tahun 2011 menunjukkan harga emas telah meningkat dari Januari hingga Disember sebanyak 28%. Ini bermakna nilai harga emas yang anda beli pada Januari 2011 telah meningkat kepada RM128,000. Di mana keuntungan anda? Di mana persamaan atau perbezaan dengan dividen yang saya terangkan tadi? Anda sebenarnya belum lagi untung selagi anda tidak menjual emas tersebut. Apabila anda jual emas tersebut, barulah anda akan menikmati kadar kenaikan 28% harga emas itu. Jika anda beli emas Public Gold, spread harga jualbeli adalah -5%. Bermakna 28% - 5%. Anda masih lagi untung 23%. Jadi emas yang anda beli dengan harga RM100,000 itu, anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM23,000. Inilah UNTUNG anda! Apa bezanya dengan dividen? Haha...sebenarnya sama saja! Yang buat anda tidak faham adalah kerana anda perlu membeli semula emas tersebut untuk mendapat keuntungan pada tahun berikutnya. Pasti ada yang berkata bahawa rugi untuk melabur dengan emas kerana selepas jual, anda tidak dapat lagi membeli emas tersebut pada harga yang lama kerana harga emas telah naik. Pemahaman seperti ini sebenarnya mengelirukan anda sendiri. Jika anda berfikir dengan mudah, perbezaan kenaikan harga emas sebanyak 28% itu sebenarnya jauh lebih tinggi dari dividen ASB yang kita tahu setiap tahun hanyalah 7-8%!

Jika anda benar-benar faham apa yang saya terangkan, bermakna anda semakin hampir untuk menjadi seorang pelabur emas yang berjaya. InsyaAllah, saya akan dedahkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan lebih dari 50% SETAHUN dengan menjadi Priority Dealer Public Gold yang memerlukan anda membeli emas sebanyak RM100,000. Kalau dah tak sabar nak tahu, marilah sertai Rangkaian Usahawan Emas. Hubungi saya dengan segera. Anda pasti teruja!

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tinggal Pelaburan 2011, Selamat Datang Pelaburan 2012!

Alhamdulillah...

Akhirnya kita selamat menempuh segala cabaran yg telah melanda pada tahun 2011 yang lalu. Bagi mereka yang telah memulakan langkah untuk membeli emas pada awal tahun lalu, anda boleh mengira berapa peratuskah kenaikan harga emas sepanjang tahun 2011.



Ketika Januari 2011, harga emas diniagakan dengan harga spot dunia sebanyak USD$1400 seauns bersamaan dengan RM145 segram. Dan ketika harga emas ditutup pada penghujung Disember 2011, harga spot dunia adalah sebanyak USD$1566 seauns dan bersamaan dengan RM159 segram. Kenaikan Januari-Disember 2011 adalah sebanyak 10.3%. Maka anda masih lagi untung jika beli pada awal tahun, dan jual pada hujung tahun. Tetapi lihat pada graf di atas. Tajamkan mata anda pada pergerakan graf ketika bulan Ogos. Ketika itu harga emas sudahpun mencecah USD$1900 seauns bersamaan dengan RM190 segram! Jika anda jual emas anda ketika itu, berapa peratuskah keuntungan yang anda dapat jika anda beli pada Januari 2011? 31%!!! Inilah hebatnya Pelaburan Emas! Beli ketika harga rendah, dan jual ketika harga tinggi! Bagaimana yang dikatakan harga rendah? Bila masanya pula harga emas jadi rendah? Rujuk graf harga emas pada tahun 2010 di bawah...



Jika anda dapat perhatikan kedudukan harga emas pada penghujung tahun 2010,anda akan melihat bermula pada awal Disember, harga emas mula menjunam sehingga ke penghujung tahun daripada USD$1450 seauns ke USD$1400. Kemudian, anda perhatikan graf harga emas 2011. Lihat pergerakan harga emas pada awal tahun. Anda akan dapat lihat harga emas terus menjunam sehingga ke bulan Februari 2011 dan hanya mula mencanak naik selepas itu. Persoalannya kenapa turun sehingga Februari 2011?

Lihat kalendar 2011. Perayaan apa yang jatuh pada bulan Februari 2011? Saya pasti anda akan melihat pada 3 Februari adalah perayaan Tahun Baru Cina. Harga emas telah menjunam sehingga ke awal bulan Februari 2011 dan terus memecut naik selepas Tahun Baru Cina. Adakah ianya berulang lagi pada tahun ini? Jawapannya...ada pada anda sendiri. Bukankah sudah saya katakan pada awal posting saya ini, kaedah beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi adalah satu peluang untuk anda menjana keuntungan! Sepertimana yang berlaku pada awal tahun 2011 di mana harga emas telah turun menjadi harga rendah, maka ketika itulah pelabur2 di seluruh dunia mula mendapatkan emas. Apabila itu terjadi, maka permintaan terhadap emas kembali tinggi menyebabkan harganya meningkat naik dan itulah yang berlaku selepas itu.

Jika anda faham situasi ini, maka anda boleh faham apa yang berlaku sekarang? Bukankah harga emas sedang menjunam? Bermakna, harga rendah. Bila harga rendah, apa pelabur2 buat? Dan bukankah Tahun Baru hanya beberapa minggu sahaja lagi? Apa yang akan berlaku selepas Tahun Baru Cina nanti? Jika anda faham, maka anda perlu buat keputusan apa yang perlu anda buat? Saya hanya membantu sedikit yang termampu berdasarkan pengalaman saya sejak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan emas pada tahun 2009.

Selamat mencuba!