Public Gold dan Public Dinar

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tinggal Pelaburan 2011, Selamat Datang Pelaburan 2012!

Alhamdulillah...

Akhirnya kita selamat menempuh segala cabaran yg telah melanda pada tahun 2011 yang lalu. Bagi mereka yang telah memulakan langkah untuk membeli emas pada awal tahun lalu, anda boleh mengira berapa peratuskah kenaikan harga emas sepanjang tahun 2011.



Ketika Januari 2011, harga emas diniagakan dengan harga spot dunia sebanyak USD$1400 seauns bersamaan dengan RM145 segram. Dan ketika harga emas ditutup pada penghujung Disember 2011, harga spot dunia adalah sebanyak USD$1566 seauns dan bersamaan dengan RM159 segram. Kenaikan Januari-Disember 2011 adalah sebanyak 10.3%. Maka anda masih lagi untung jika beli pada awal tahun, dan jual pada hujung tahun. Tetapi lihat pada graf di atas. Tajamkan mata anda pada pergerakan graf ketika bulan Ogos. Ketika itu harga emas sudahpun mencecah USD$1900 seauns bersamaan dengan RM190 segram! Jika anda jual emas anda ketika itu, berapa peratuskah keuntungan yang anda dapat jika anda beli pada Januari 2011? 31%!!! Inilah hebatnya Pelaburan Emas! Beli ketika harga rendah, dan jual ketika harga tinggi! Bagaimana yang dikatakan harga rendah? Bila masanya pula harga emas jadi rendah? Rujuk graf harga emas pada tahun 2010 di bawah...



Jika anda dapat perhatikan kedudukan harga emas pada penghujung tahun 2010,anda akan melihat bermula pada awal Disember, harga emas mula menjunam sehingga ke penghujung tahun daripada USD$1450 seauns ke USD$1400. Kemudian, anda perhatikan graf harga emas 2011. Lihat pergerakan harga emas pada awal tahun. Anda akan dapat lihat harga emas terus menjunam sehingga ke bulan Februari 2011 dan hanya mula mencanak naik selepas itu. Persoalannya kenapa turun sehingga Februari 2011?

Lihat kalendar 2011. Perayaan apa yang jatuh pada bulan Februari 2011? Saya pasti anda akan melihat pada 3 Februari adalah perayaan Tahun Baru Cina. Harga emas telah menjunam sehingga ke awal bulan Februari 2011 dan terus memecut naik selepas Tahun Baru Cina. Adakah ianya berulang lagi pada tahun ini? Jawapannya...ada pada anda sendiri. Bukankah sudah saya katakan pada awal posting saya ini, kaedah beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi adalah satu peluang untuk anda menjana keuntungan! Sepertimana yang berlaku pada awal tahun 2011 di mana harga emas telah turun menjadi harga rendah, maka ketika itulah pelabur2 di seluruh dunia mula mendapatkan emas. Apabila itu terjadi, maka permintaan terhadap emas kembali tinggi menyebabkan harganya meningkat naik dan itulah yang berlaku selepas itu.

Jika anda faham situasi ini, maka anda boleh faham apa yang berlaku sekarang? Bukankah harga emas sedang menjunam? Bermakna, harga rendah. Bila harga rendah, apa pelabur2 buat? Dan bukankah Tahun Baru hanya beberapa minggu sahaja lagi? Apa yang akan berlaku selepas Tahun Baru Cina nanti? Jika anda faham, maka anda perlu buat keputusan apa yang perlu anda buat? Saya hanya membantu sedikit yang termampu berdasarkan pengalaman saya sejak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan emas pada tahun 2009.

Selamat mencuba!