Public Gold dan Public Dinar

Khamis, 1 Mac 2012

Untung Melabur Emas vs Untung Dividen ASB!!!

Sedar tak sedar, kita dah masuk ke bulan Mac 2012. Pasti ada yang gembira sebab belian pada awal Januari dah boleh buat anda untung. Harga emas telah pun nak 11%...huhu, itu belum lagi kalau tunggu sampai hujung tahun...

Ramai yang bertanya pada saya, bagaimana nak untung sekitar 15-20% dengan pelaburan emas ni? Dia bagi dividen macam ASB bagi ke? Hm, itulah kesilapan kita...Dalam otak kita, dah tertanam dan diajar tentang dividen ni, jadi apa saja pelaburan pasti anda nak kan dividen. Sebenarnya dividen itu adalah satu cara untuk meningkatkan nilai. Apa yang anda simpan, ianya perlu bertambah. Sepertimana ASB, jika jumlah simpanan anda adalah sebanyak RM10,000 sepanjang tahun, bermakna nilai itu perlu ditambah oleh ASB dan ini digelar sebagai dividen. Apabila PNB mengumumkan kadar peratus tertentu pada penghujung tahun, sebagai contoh 8%. Maka nilai RM10,000 itu akan bertambah menjadi RM10,800. Sesetengah orang menganggap ini adalah UNTUNG. terpulang pada anda untuk mengambil untung itu atau tidak. Jika anda ambil, maka nilai RM10,000 tersebut akan kekal di dalam akaun. Jika anda biarkan di dalam akaun, maka nilai itu akan semakin bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

Untung Emas vs Dividen

Suka untuk saya bandingkan dividen dengan keuntungan yang boleh kita dapat daripada Pelaburan Emas. Bagaimana caranya? Pertama sekali, kita hendaklah memahami perbezaan antara untung dengan dividen. Jika tadi saya menerangkan pada anda erti dividen, apa pula bezanya dengan untung melabur emas?

Katakan pada Januari 2011, anda membeli emas yang bernilai RM100,000. Rekod harga emas pada tahun 2011 menunjukkan harga emas telah meningkat dari Januari hingga Disember sebanyak 28%. Ini bermakna nilai harga emas yang anda beli pada Januari 2011 telah meningkat kepada RM128,000. Di mana keuntungan anda? Di mana persamaan atau perbezaan dengan dividen yang saya terangkan tadi? Anda sebenarnya belum lagi untung selagi anda tidak menjual emas tersebut. Apabila anda jual emas tersebut, barulah anda akan menikmati kadar kenaikan 28% harga emas itu. Jika anda beli emas Public Gold, spread harga jualbeli adalah -5%. Bermakna 28% - 5%. Anda masih lagi untung 23%. Jadi emas yang anda beli dengan harga RM100,000 itu, anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM23,000. Inilah UNTUNG anda! Apa bezanya dengan dividen? Haha...sebenarnya sama saja! Yang buat anda tidak faham adalah kerana anda perlu membeli semula emas tersebut untuk mendapat keuntungan pada tahun berikutnya. Pasti ada yang berkata bahawa rugi untuk melabur dengan emas kerana selepas jual, anda tidak dapat lagi membeli emas tersebut pada harga yang lama kerana harga emas telah naik. Pemahaman seperti ini sebenarnya mengelirukan anda sendiri. Jika anda berfikir dengan mudah, perbezaan kenaikan harga emas sebanyak 28% itu sebenarnya jauh lebih tinggi dari dividen ASB yang kita tahu setiap tahun hanyalah 7-8%!

Jika anda benar-benar faham apa yang saya terangkan, bermakna anda semakin hampir untuk menjadi seorang pelabur emas yang berjaya. InsyaAllah, saya akan dedahkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan lebih dari 50% SETAHUN dengan menjadi Priority Dealer Public Gold yang memerlukan anda membeli emas sebanyak RM100,000. Kalau dah tak sabar nak tahu, marilah sertai Rangkaian SendukEmas. Hubungi saya dengan segera. Anda pasti teruja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan