Public Gold dan Public Dinar

Selasa, 30 Oktober 2012

Senarai Terbaru SCAM List oleh BNM, Public Gold Tidak Tersenarai!

Alhamdulillah...
Akhirnya Public Gold telah dibersihkan nama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) apabila senarai entiti dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM terbaru menunjukkan Public Gold tidak tersenarai.


Kepada kawan2, dealer2 SendukEmas, customer2, sedara mara yang pernah membeli emas PG, anda tak perlu risau. Bukankah saya pernah berkata, apa yang anda beli itu adalah EMAS! Jika sesuatu terjadi dengan Public Gold, anda masih boleh jual EMAS anda itu kepada kedai emas yang lain termasuklah Kedai Emas Ah Meng atau Kedai Emas Muthu. Mereka pasti akan membeli kerana itu adalah EMAS! Diulangi...EMAS! EMAS! EMAS! Pernah ke kedai emas tak mahu beli emas?

Sebab itu saya pernah tekankan dahulu supaya kita pelajari ilmu tentang emas. Kena tahu bezakan antara Pelaburan Emas dengan Skim Pelaburan Emas kerana apa yang Public Gold buat bukannya suatu SKIM. Ia hanya menjual dan membeli emas sahaja. Sama sahaja dengan kedai-kedai emas di luar sana. Yang buat orang tak paham adalah kerana jenama Public Gold telah menjadi sebutan ramai dan membuka peluang untuk orang ramai untuk melabur dengan emas secara selamat.

Beza Skim Pelaburan Emas dengan Pelaburan/Perniagaan Emas

Skim Pelaburan Emas pula adalah suatu pelaburan yang menjanjikan pulangan atau dividen setiap bulan atau dikenali sebagai Hibah oleh sesetengah syarikat. Sebagai contoh, Ali beli 100 gram emas dengan harga RM 18,000 dan mengikat kontrak selama 3 hingga ke 6 bulan. Setiap bulan, beliau dijanjikan oleh company tersebut dengan Hibah bulanan sebanyak RM1000 sebulan dan apabila tamat kontrak, beliau perlu menjual semula emas tersebut kepada company. Di sini, nampak seperti company berniat ikhlas untuk memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Masalah berlaku apabila duit yang diserahkan oleh pelabur kepada company selesai tetapi emas pula tidak diserahkan kepada pelabur. Ini yang menjadikan pelaburan seperti ini mendatangkan bahaya dan kemungkinan untuk ditipu. Itu belum lagi diceritakan perihal RIBA yang terjadi apabila Emas tidak diserahkan.

Inilah bezanya Public Gold dengan syarikat pelaburan emas yang lain. Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua bahawa Public Gold hanya menjual dan membeli emas. Dan mereka melantik ejen atau dealer sebagai perantara atau wakil untuk menjual dan membeli emas mereka. Dan dealer2 ini akan menerima komisen hasil dari jualan dan belian yang mereka jalankan. Sama sahaja seperti kedai2 emas di luar sana. Bezanya mereka mengupah pekerja dan membuka kedai di seluruh Malaysia. 

Dengan pengumuman ini, maka berakhirlah desas desus mengatakan Public Gold adalah syarikat Skim Pelaburan Emas dan mendatangkan masalah kepada pelabur2. Justeru, saya menasihatkan sekali lagi kepada semua agar pelajari dahulu ilmu tentang emas. Fahami betul2 apa itu skim dan apa itu perniagaan emas.

Sekian.