Public Gold dan Public Dinar

Isnin, 2 Disember 2013

Booth Public Gold di AEON Big Seberang Jaya Dapat Sambutan Menggalakkan!

Alhamdulillah...kali ni saya nak berkongsi pengalaman baru menjadi promoter di sebuah pasaraya dikenali sebagai Carrefour Seberang Jaya yg kini nama barunya ialah AEON Big. Bukan promoter jual penapis air ye...tapi promoter di Booth Pameran Public Gold!

Apa? Public Gold dah buka Booth?

Ya...kali ini Usahawan Emas bersama saudara Amir Firdaus, Admin Inspirasiemas bekerjasama menubuhkan satu group utk membuka booth pameran PG di sini. Agak memberangsangkan walaupun inilah kali pertama kami jadi promoter. Sebenarnya, kerja ini menyeronokkan, sebab kita bkn promote dan jual barang2 yg tidak bernilai tapi kita jual EMAS! Semua org tahu kehebatan logam bernama Emas. Maka tugas kami hanya berkongsi, apa bezanya Emas Public Gold dengan Emas yg dijual di Kedai-kedai emas di luar sana.

Rata2 pengunjung yg singgah di booth PG nyata terkejut dan tidak menyangka bahawa ada kedai emas yg jual emas tanpa dikenakan kos upah malah susut nilainya pula sungguh rendah berbanding kedai emas lain. Ya, itu yg kami kongsikan dengan mereka. Malah mereka sungguh teruja memegang Bar Gold 999 PG dengan membuka plastik (cover) yang tidak dapat dilakukan oleh mana2 kedai emas lain kerana kebiasaannya emas yang apabila dibuka plastik covernya akan ditolak harganya kerana dianggap sudah menjadi emas terpakai, malah ada antaranya tidak menerima kembali kerana emas yang dibuka plastik itu telah tercalar, terguris dan sebagainya. Lain halnya dengan emas keluaran PG, asalkan berat dan ketulenannya masih sama, PG tetap menerima kembali emas itu jika dijual kembali kepada mereka walaupun terdapat kesan tercalar, terguris dan bengkok.

Inilah wajah2 Emas yang sempat singgah ke booth pameran PG di AEON Big Seberang Jaya.
 
 
Pn. Hambiah, antara yang datang 2 kali untuk membeli secara terus di booth
dan terus mendaftar untuk menjadi Dealer Inspirasiemas
 
 
 
Yang datang seorang juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan
maklumat mengenai emas PG
 
 
 
Hari terakhir yang meriah! In Sya Allah...kami datang lagi ke sini!
 
Memandangkan sambutan yang kami terima agak menggalakkan, justeru kami merancang untuk mengadakan satu lagi booth PG dalam masa yang terdekat ini.
 
Jadi, kepada anda yang berminat untuk menjadi salah seorang Dealer Public Gold, anda boleh menghubungi saya terus di talian 019-5595916 atau mesej/whatspp 012-4545984. InsyaAllah...saya akan bantu anda!


 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan