Public Gold dan Public Dinar

Sabtu, 13 Disember 2014

Skim Pelaburan Emas vs Perniagaan Emas

Assalamualaikum semua...

Lama saya tak menulis. Namun hari ni tergerak nak menulis kembali di UsahawanEmas.Com. Apa isunya yang nak kita bincang kali ini?

Baik...tengok pada tajuknya dh boleh agak apa isinya kan? Pertama sekali mari kita berkenalan dengan Perniagaan Emas terlebih dahulu.

Perniagaan Emas

Apabila kita sebut Perniagaan Emas, hanya 3 perkara yang kita perlu ketahui. Beli, Jual dan Barang atau Khidmat.

Kalau tak ada 1 dari 3 benda tu, maka tidak sah la urusniaga yang dijalankan. Dalam konteks Perniagaan Emas, seharusnya apabila nak beli emas, emas itu kita kena dapat. Ada ke orang beli emas tak dapat emas? Aha...pernah ke orang bayar sesuatu utk sekadar dapar resit tanpa pegang barang yang dibeli itu.

Skim Pelaburan Emas

Kita kena hati2 dengan bermacam2 skim yang tak henti2  cuba mempengaruhi minda masyarakat Malaysia pada hari ini. Walau dah pelbagai bukti diberi, contoh dan peringatan ditunjukkan namun masih ada yg ambil jalan mudah dan tidak mahu mengkaji bagaimana sistem ini bergerak.

Kebiasaannya Skim Pelaburan Emas akan menawarkan pulangan luar biasa dalam masa yang singkat. Bagaimana mereka boleh membayar keuntungan yang dijamin 100% tidak akan sangkut atau gagal? Sebenarnya ini bergantung kepada Kepercayaan. Jika tiada Kepercayaan, maka sistem ini akan gagal dan lingkup di tengah jalan.

Pada mulanya skim ini akan membina website dan mengambil masa bertahun2 untuk menunjukkan yang `company' yang menjalankan pelaburan emas ini bukan company baru tetapi sudah lama dalam bidang ini. Apabila sampai masanya, mereka akan mula bergerak dan melantik beberapa orang utk dijadikan upline. Dan upline2 ini akan bergerak utk memancing pelabur2 utk join bisnes ini dan menjanjikan pulangan yg lebih banyak jika mencari downline2 di bawah mereka. Jika dilihat di sini, byk bisnes2 lain juga yg menjalankan sistem seperti ini tidak mengalami apa2 yg pelik atau menipu pelabur. Jadi, di mana yg dikatakan ini adalah skim? Lihat pada barang yg dijual. Wujudkah barang atau emas yg dijual itu? Benar2 ada atau hanya sekadar ditunjuk kononnya wujud.

Scammer2 antarabangsa ni bukan budak kecil atau sebarangan orang yg tidak berakal. Mereka ini sangat profesional dan bukan mudah nak tahu samada skim yang mereka jalankan itu benar2 sah atau satu bentuk penipuan. Jadi, bagaimana kita sebagai pengguna atau pelabur nak mengenali wajah sebenar mereka? Pertama, kita kena ingat. Tidak ada 1 company dalam dunia ni yang sanggup membayar beratus2 kali ganda kepada pelabur mereka apatah lagi dalam masa yang singkat.

Company itu cuma hanya mampu membayar hanya dengan menggunakan duit2 pelabur baru yang direkrut oleh upline masing2. Jadi, skim ini akan terus bergerak selagimana adanya pelabur2 baru yg join. Jika sudah tiada yg join, bagaimana nak bayar komisen kepada pelabur2 sedia ada yg telah dijanjikan bulan dan bintang? Aha...

Sejarah telah membuktikan banyak orang2 Melayu yg tertipu dengan skim2 seperti VGMC, RGCX, Genneva, WCL, Swisscash, FBC dan lain2 lagi.

Jadi, berhati2lah sahabatku sekalian. Igt, skim ini adalah Riba. Barang siapa yg terlibat dengan Riba, Allah telah isytihar perang kepadanya. Berhentilah dengan segera jika anda telahpun terlibat dengan skim2 seperti ini.

-Admin UsahawanEmas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan